Thursday, January 28, 2016

Damailah Kamu di Sana..Aminn


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Empat hari yang lepas kita digemparkan dengan berita kemalangan 5 orang pelajar Malaysia di Jordan.3 orang maut 2 orang cedera. Asha memang selalu ikut berita terkini tentang n. Kemarin, jenazah yang ketiga Fatin Iqmal Idzyani Che Aziz telah selamat dikebumikan di kampungnya Kampung Banggol Batu ,Lenggong bagi memenuhi hasrat nenek untuk melihat cucunya buat kali terakhir.manakala yang cedera dipindahkan ke Hospital di Amman.



Subhanallah, asha tersentuh sangat, mereka kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menuntut ilmu Agama di negara asing . Malah sebelum n pun mereka merupakan  pelajar Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu . Begitu jauh depa merantau mencari ilmu Allah .

Terasa kerdil sangat asha n , depa mengejar ilmu Allah di bumi asing dan terkorban semasa ingin menghadiri majlis ilmu. Sedangkan asha ilmu Allah yang senang dapat yang dekat nak cari pun liat nak gerak. Macam mana la pula keadaan asha akan mati kelak?

3 orang yang maut n merupakan wakil yang akan mendidik anak cucu kita kelak dengan ilmu Allah ,yang akan terus perjuangkan agama kita tetapi kita telah kehilangan mereka.Terdetik di hati asha kalau kita berterusan kehilangan orang seperti mereka bagaimanakah nasib anak cucu asha nanti? dapatkah mereka menuntut ilmu agama dengan sempurna?

Alhamdulillah kerana ada yang terselamat , marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka .semoga keluarga mereka tabah .jika ada asha tulis salah harap dimaafkan dan tegur dengan baik.

Wallahualam.

2 comments:

  1. Takziah untuk mereka... T.T
    Saya pon terkejut, sbb tetiba satu2 keluar berita psl ni, semoga mereka tenang di sana...Amin...

    p/s:
    Sy xtgk kt cinema, sy tgk yg kwn saya download je,,hehe.. apapon best sgt, bagus utk panduan hidup ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png