Thursday, March 31, 2016

Pemenang Segmen BG-2 ERNA: Bloglist-walking April-Mei 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

fuhhh....alhamdulillah kerja makin berkurang sikit dapat la ngadap lappy n...banyak asha join GA dan segmen tapi asha pun lupa dah bila tarikh akhir untuk diumumkan pemenang nasib baik ada tuan tanah yang bertanggungjawab untuk peringat asha di blog...terkejut tengok ramai kawan-kawan lain blogwalking ....sorry ya nanti asha balas....dan komen terkini asha baca memang terkejut dan tak sangka sebab asha terpilih menjadi pemenang dah la nama no 1 kot hahahaha...

astagfirullahalazim....ter riak pulak...kikiki bukan asha sorang la ramai g yang menang nak tengok klik banner bawah na....blog asha akan melekat dekat blog erna selama sebulan dannnnn.....dapat lukisan potret percuma wooowwww....eh tak da emoji sini...kikiki

ok admin dah peringat suruh hantar gambar untuk dia lukis ja sekarang asha dah pening selongkar dalam album photo tak tau nak suruh dia lukis yang mana... hothokeee...?

sapa ada cadangan....angkat tangan tinggi-tinggi ya....pastu tulis dekat komen bawah ....ok asha tunggu n.....



Wednesday, March 30, 2016

Wordless Wednesday

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




ultraman bukan setakat lawan musuh tapi boleh juga menjaga seekor kucing...

kikikiki so cutee.......

Wednesday, March 23, 2016

BG-2 ERNA: Bloglist-walking April-Mei 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

alhamdulillah asha dapat juga curi masa hari n untuk jenguk blog....masing-masing pakat busy kan...tambah cuaca sekarang n gerak sikit dah lencun satu badan...

asha menerima jemputan daripada tuan empunya blog untuk join segmen.....nasib baik sempat lagi sebelum tarikh tutup kalau tak melepas...

Monday, March 21, 2016

"GIVEAWAY by RosNordin"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


fuhh...panas gila hari n...nak buat entry baru pun rasa malas tapi sebab tengok hadiah GA n menarik terus rasa bersemangat nak join...

nak tau ka apa benda...... klik banner bawah ya
..



Thursday, March 17, 2016

Tips For Beginners !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



lamanya asha tak update kan bukan tak da idea cuma tak da masa nak menaip ....sekarang n fenomena kasut roda @ roller blade pulak...p mana pun mesti ada tambah dekat tempat rekreasi pulak lagi bercambah tapi yang tak sedap memandang tu yang baru nak belajar guna kasut roda n...asha kesian tengok jatuh macam buah cempedak ranum ja kikiki...kalau budak-budak lagi la kesian sakit kot jatuh gedebuk tu...yang dah pro tu mula tunjuk macam-macam aksi...asha kongsikan sikit cara yang betul agar tak jatuh gedebuk dah....


  1. pastikan kasut roda yang dipakai tu muat dan selesa dipakai
  2. berdiri di atas karpet atau permukaan sebat
  3. praktis pergerakkan kaki sambil berpaut pada tiang
  4. bila sudah rasa selesa dan dapat seimbangkan diri, bergerak perlahan-lahan.
  5. cuba lembutkan kaki dan slide kedepan bila nak tukar kaki kena angkat kaki bukan seret kaki pendek kata macam berjalan biasa tapi slide ke depan.
  6. yang penting kaki jangan kangkang ye buat macam biasa ja.
  7. belajar cara untuk brek agar kurang hentakkan bila jatuh .
  8. praktis setiap hari 
yeayy bila dah cekap boleh la buat freestyle ka keretapi ka ..........ok...pssstt asha jeles ok tengok budak kecik buat freestyle asha mampu tengok ja sob...sob...sob...

p/s : beginner yang perempuan tu tolong pakai pakaian longgar sikit na sakit mata asha tengok ..
chauuu...

Wednesday, March 9, 2016

Fenomena Telur Berdiri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



subhanallah....Allahuakbar.....

hari n semua media sosial menyiarkan fenomena tentang gerhana matahari yang berlaku pada pagi tadi kan..asha walaupun tak dapat tengok secara real tapi alhamdulillah dapat tengok dekat media sosial...banyak juga sekolah yang ambik kesempatan untuk buat solat sunat gerhana secara berjemaah...bagusla...tapi yang asha paling tertarik bila terbaca tentang telur berdiri n....

telur berdiri tanpa sokongan disebabkan berlaku daya tarikan graviti antara bumi, bulan ,dan matahari. Kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan...fenomena ini berlaku ketika berlakunya fenomena gerhana matahari....Subhanallah indahnya kuasamu ya Allah...




credit ; siakap keli

Friday, March 4, 2016

11 PETUA SEBELUM NAIK PELAMIN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Minggu depan minggu last persekolahan lepas tu cuti sekolah seminggu kan....mesti ada yang tengah tunggu debaran untuk naik pelamin kann....asha pun tak sabar nak balik kampung nak p makan kenduri yummyy....

asha share n untuk bakal-bakal raja sehari sempat lagi n nak buat...nak kawen mesti la nak cantik serba serbi kan so jomm....

1.MENCANTIKKAN KUKU TANGAN DAN KAKI

letak 5 hingga 10 keping asam keping dan garam halus kedalam air suam. Biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 minit . Insyaallah kuku akan kelihatan lebih bersih dan cantik tak da la nanti kuku nampak berkarat ja masa suami nak sarungkan cincin...kikiki

2.MEMUTIHKAN & MENGILATKAN GIGI

ambil beberapa helai daun kelapa kering , kemudian bakar sehingga menjadi abu . gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. ulangi proses ini untuk untuk dapatkan gigi yang putih dan berkilat.... ~yg n asha tak sanggup buat hehe...

3. HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA.

lekapkan pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan biarkan semalaman dan lakukan 3 kali seminggu....suruh family minum air teh ja selama sebulan lepas tu uncang tu  bagi dekat kita ja kan  jimattt....

4.MERAHKAN MUKA DAN BIBIR.

sapukan muka dan bibir dengan madu lebah asli setiap malam . Lakukan selama seminggu danlihat hasilnya , kulit muka dan bibir akan kelihatan kemerah-merahan secara semula jadi.. ~tak payah la kena letak mekap tebal-tebal nanti lepas tu berpeluh hancusss habih...

5. HILANGKAN DAKI PADA KULIT TUBUH.

amalkan menggosok hampas kelapa pada  keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki . Gosok juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha , dan bawah lengan .Lama kelamaan daki beransur hilang dan kulit lebih bersih dan halus...

6. HALUSKAN KULIT KAKI DAN TANGAN .

sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam , biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan . selepas itu basuh bersih dengan air suam . Insyaallah kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut.

7. MATA BERSINAR

sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kan..?...basahkan kapas kedalam  air teh pekat yang sejuk. kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika . Amalkan beberapakali dalam seminggu insyaallah anda akan memiliki mata yg segar dan bersinar..~tak payah la susah-susah jegil mata nak letak contact lens mata ori pun cantik..

8.RAMBUT SELEMBUT SUTERA.

lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. selepas bangun tidur pada waktu pagi shampoo rambut dan bilas sampai bersih . lap rambut sehingga rambut hampir kering , ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk dijadikan perapi rambut . ~yg n asha selalu buat tapi guna minyak kelapa memang betul rambut lembut.

9.KULIT CERAH DAN LICIN.

bosan kan selalu dangaq kena mandi susu dan pupur . kali n cuba ambik sebiji limau nipis dan belah dua , gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi insyallah kulit kelihatan cerah dan harum..

10. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA.

tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya .campurkan sedikit air dan 1 camca besar madu asli . kemudian sapu ramuan inipada leher dan muka. biarkan lebih kurang 15 minit , kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam . Amalkan 3 hingga 4 bulan dan tengok sendiri hasilnya.

11.MEWANGIKAN RAMBUT.

ambil air perahan 10 helai daun pandan yang ditumbuk lumat .sapukan ke kepala biarkan beberapa ketika,selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam ...ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban...


mengamalkan petua-petua tradisional n memerlukan kesabaran dan dilakukan secara konsisten baru la dapat hasil...walaupun lambat tapi berbaloi....tapi zaman sekarang dah canggih produk kecantikkan belambak beli ja tapi buat pa semua tu sementara nanti dah tua akan memudaratkan kesihatan kita pulak...

apa-apa pun gudluck...

ps: nanti asha p blogwalking blog hampa na

Wednesday, March 2, 2016

"Segmen #FamilyBlogger"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


asha dapat undangan daripada umie yana selaku penganjur segmen n untuk join....kerana beliau
mencari 10 orang blogger bertuah selama 1 BULAN.

pemenang akan diumumkan pada 1 APRIL 2016.. diulang lagi sekali pada 1 APRIL 2016..  Jadi supportlah segmen n.

asha tag kat semua yang baca ok....


"Segmen Teka Teki Benda Uk2"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."
1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"

3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.

4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.
Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 7-3-2016.



Jawapan Saya :...............

WORDLESS WEDNESDAY : Kehilangan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



salam takziah buat tok moh (pelawak Pulau Pinang ) dan isterinya kak Ton yang meninggal akibat kemalangan di Lebuh Raya Sungai Petani....Subhanallah mereka meninggalkan 4 orang cahaya mata yang masih bersekolah....mereka merupakan pasangan yang sangat periang....

kami disini masih terasa kehilangan......rakan asha yang rapat dengan mereka seperti tidak percaya kerana baru sahaja berjumpa dan mesej dengan mereka ,tetapi kini mereka sudah tiada....
begitulah ajal maut ditangan Tuhan tidak mengira tempat dan masa...

AL-FATIHAH

Tuesday, March 1, 2016

PERBEZAAN SPA DAN SPP

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Ramai yang tak tau dan keliru tentang SPA (suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) dengan SPP ( Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). Meh sini asha nak cerita...dulu pun asha pening jugak duk cari tentang n...

SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan )


pihak berkuasa melantik bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan , pengesahan dalam perkhidmatan ,kemasukkan kedalam penjawatan tetap tau berpencen , kenaikan pangkat/ pertukaran ,kawalan tatatertib.

contoh jawatan 

a ) Guru 
b)  bukan guru :
     - pembantu tadbir (kew)
     -pembantu tadbir (perkeranian)
     -pembantu makmal
     -pembantu pengurusan murid
     -penyelia asrama
     - pegawai khidmat pelanggan
    -pembantu operasi
    -pemandu kenderaan

 SPP juga menawarkan jawatan kosong bagi jawatan bukan guru...
kesimpulannya semua berkaitan dengan sekolah atau pendidikan kena melalui SPP dan segala maklumat jawatan kosong boleh tengok sini. dan perlu diisi di JOBS Malaysia .



SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam )

ini semua sedia maklum dan selalu diisi untuk mendapatkan kerja kerajaan...

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-


  1. melantik 
  2. mengesahkan dalam perkhidmatan 
  3. memasukkan kedalam jawatan berpencen
  4. menaikkan pangkat
  5. menukar 
  6. kawalan tatatertib
semua sektor awam kecuali dalam bidang pendidikan ....
pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakkan dari PMR sehingga PHD
boleh dilihat disini ..pilih yang mana anda layak dan berminat.
borang ada disediakan secara online...baca panduan dahulu sebelum mengisi borang...

terbaru : pihak SPA tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temuduga secara pos bagi calon di semenanjung..hanya diberikan notis melalui email..

jadi masa isi alamat email betul-betul dan sentiasa semak jika anda terpilih...
dah dapat notis temuduga??....sini ada rahsia lulus temuduga kerajaan

jadi kepada yang sedang mencari pekerjaan jika berminat boleh la tengok-tengok yang asha cadangkan n...





PEMENANG SEGMEN BY CIK AKAK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

MEGA GIVEAWAY - STATUS ON GOING

asha n baru munculkan diri buka-buka tengok ada beritahu suruh tuntut hadiah....fuhh rezeki...alhamdulillah tenkiu kepada yang menganjurkan segmen n dan juga kepada sponser hadiah..tahniah kepada pemenang...asha tengok ramai jugak yang menang segmen n satg asha nak try p terjah blog depa tengok...nak join ka jommmm...klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png