Sunday, August 7, 2016

Henna by Siti Norfaizah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
haaaa....sha bersua kembali hari n sebab baru download apps blogger so nk testing la tp bab nk blogwalking sha xreti lagi sorry la noh....ok sha lama dah duk usha satu fb kak ni henna yang dia buat memang cantik lepas tu inai pulak dia buat sendiri campur minyak henna semua dia tunjuk.....semalam apa lagi sha pun p cari la kebetulan dia buka booth di uptown Perda....

hasilnya memang sha suka gila lepastu bila tanya harga terkejut sha dia ckap henna dia dri RM 5 ....haritu dekat padang kota sha tngok harga mula daripada RM 10 tau tu pun simple gila .....terus sha suruh lukis dua tangan .... dia jugak ada buat pakej untuk pengantin dan bridesmaid semua ada dalam fb dia....

ramai jugak artis yang ambik dia ...dan semalam dia ada keluar dalam surat khabar tentang bisnes henna....orangnya sungguh ramai memang tak sia sia sha p cari...

siapa berminat bleh cari dan jamu mata dekat fb siti norfaizah

"SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hari minggu bosan tak da nk buat apa jom join segmen n..

Kalau ada rezeki, setiap yang menang akan:

  • Semua peserta yang join akan dimasukkan dalam blogslist Maria Firdz secara automatik.
  • 15 orang peserta yang bertuah akan dipilih menjadi rakan blogslist utama di blog Maria Firdz.
Segmen bermula dari 5/8/2016 hingga 15/8/2016 (11.59 pm). Apa lagi, jom join ramai ramai. Selamat bersegmen semua

Thursday, August 4, 2016

Dekat Mana nak tido ni???

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

haa...semalam tak sempat nak mengarang...ok kek sudah next plan ialah nak tido mana ni ??
paling penting tempat n la tempat kejadian mensurprise tu sebab sha tak tau malam di Cameron Highland nak sambut dekat mana ..tapiiiii....pemandangan dekat sana pun dah cantik dengan lampu-lampu atas bukit kan kan...

sha ada usha jugak baru n yang heboh dekat facebook iaitu Smurf Inn Homestay .Pembantu paling setia dan mejimatkan masa dan duit sha ialah Agoda.com kikiki.....setakat tengok kat facebook semua cantik kan ...so kalau tengok harga memang dalam budget sha time sha tengok n dalam RM113 ....tempat ni kalau tengok dalam agoda atau facebook memang meriah warna-warni penuh dengan karakter kartun the smurf yang warna biru tu la..






tapii...bila dipikirkan mesti ramai sebab tempat baru lagipun terletak di Tanah Rata ....siap peta sha check wakakaka...sha tak nak jauh sangat dengan pasar malam dekat Brinchang takut jem nanti....gaya macam nak shopping banyak ja...kalau bawak budak-budak syok la tidor sini mesti depa excited...

ok paling sha tengok ialah review pelancong yang pernah p...sebelum ni sha berangan nak menginap dekat Natasya Resort tapi bila baca review banyak negatif tentang keselamatan dan kebersihan.....ala...tak jadi la nak ala-ala cerita Nora Elena ......

sha pilih tempat penginapan yang pemandangan cantik, berdekatan dengan tempat utama pelancongan, ada kedai makan halal berdekatan dan dekat dengan stesen minyak dan balai polis...sha lebih suka guna Agoda.com daripada trivago sebab cara booked dan pembayaran senang apps dia pun mudah nak tengok kalau trivago ada banyak web lain pulak dalam tu payah ehh....gambar yang disediakan pun banyak peta semua ada jadi senang la.

dalam kes sha n nak bayang kes macam detective conan..nak tempat romantik dan tak ramai orang sangat karang kena marah balik sebab dia malu.....tak pasal-pasal jadi tragedi..tapi sha tak da la nak prank dia sampai baling tepung dengan telur tu zaman budak-budak nak besar boleh la...

lepas setiap hari tengok agoda sampai nak juling dah mata kami and the geng sepakat pilih hotel n memang cantik dalam dan luar....nak tau? tunggu entry sha lepas sha pergi sana nanti sha akan share gambar sekali ok...



Tuesday, August 2, 2016

Kek Homemade halal dan Murah Di Cameron Highlands

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




sekadar hiasan


memandangkan sha nk pergi satu kereta sebab en tunang tak bagi sha drive sendiri sha kena pikir cara lain untuk beli kek tanpa dia sedari... tambah pula dekat Cameron tu kebanyakkan cina jadi memang susah la nak cari kedai kek atas sana ....Plan sha nak buat dia terkejut beruk bila ada kek depan mata dia dengan wish birthday ramai-ramai malam birthday tu...

jadi sha dekat seminggu jugak pikir cara sambil google last sekali terjumpa dekat fb ada orang promote page EKIN HOMEMADE BAKERY & CAKE...sha pun usha la sikit tengok hasil kek dengan testimoni yang dah tempah dekat situ...semua nampak sedap hehehe...sha pun ambik no fon dan terus wasap kak ekin....

layanan tip top...kak ekin memang peramah dan boleh berbincang...sebab apa sebab sha n cerewet sha nak kek 2 layer coklat with cheese tp nk toping macam kek coklat moist pastu nak pulak buah strawberry....tapi nak harga bawah RM100

lepas bagi design semua kak ekin bagi jumlah harga kek RM85 sekali surprise delivery....sha terkejut kot murah sangat...sebab design sha nak tu memang fully coklat tau.....

design kak ekin cakap memang dia ikut customer nak macam mana sekali dengan bajet yang diperuntukkan...memang sha recomanded sangat-sangat ...kalau dekat penang ni pun kek colat siap hias macam tu dah RM80 tu tak letak buah lagi...

kak ekin juga menyediakan perkhidmatan gubahan bunga coklat sesiapa berminat tu boleh la tempah sekali ....one more thing jangan risau pasal harga bagitau saja berapa budget nanti kak ekin buatkan ok ....

teringin nak tengok dia nangis terkejut muahahaha ( gelak jahat )

Monday, August 1, 2016

Comeback Acu Asha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


terasa keras pulak jari n nak menaip punya la lama tak buat entry baru , tak blogwalking ,mesti ada yang dah lupa tentang sha kan...tak pa satgi sha p blogwalking sorang-sorang...last sha on bulan april fuhh...n disebabkan pengharaman bawak laptop ke tempat kerja adehh....tambah pulak sha buat part time sebelah malam memang tak larat la nak on..

ok back to my update...sha still bertunang tak berkahwin lagi dan still menetap di Penang..dalam masa 4 bulan macam-macam berlaku dalam hidup sha sampai sha rasa down sangat-sangat ...sekarang dalam fasa untuk bangun semula...ok tak nak cerita yang dah lepas tapi sha nak cerita yang akan berlaku.....ringkasannya minggu depan sha nak pergi Cameron Highland atas urusan kerja tetapi en tunang ikut sekali yang specialnya hari tu hari birthday dia hurmmm....sha rasa nak buat surprise dekat sana .....

jangan ingat p bercuti dekat Cameron Highlands tak boleh buat kejutan untuk tersayang...jadi next entry sha akan ceritakan tentang kek dan suprised delivery budget, hotel yang best dan banyak lagi sebelum sha naik ke Cameron Highlands...

ok jadi nantikan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png