Tuesday, March 1, 2016

PERBEZAAN SPA DAN SPP

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Ramai yang tak tau dan keliru tentang SPA (suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) dengan SPP ( Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). Meh sini asha nak cerita...dulu pun asha pening jugak duk cari tentang n...

SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan )


pihak berkuasa melantik bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan , pengesahan dalam perkhidmatan ,kemasukkan kedalam penjawatan tetap tau berpencen , kenaikan pangkat/ pertukaran ,kawalan tatatertib.

contoh jawatan 

a ) Guru 
b)  bukan guru :
     - pembantu tadbir (kew)
     -pembantu tadbir (perkeranian)
     -pembantu makmal
     -pembantu pengurusan murid
     -penyelia asrama
     - pegawai khidmat pelanggan
    -pembantu operasi
    -pemandu kenderaan

 SPP juga menawarkan jawatan kosong bagi jawatan bukan guru...
kesimpulannya semua berkaitan dengan sekolah atau pendidikan kena melalui SPP dan segala maklumat jawatan kosong boleh tengok sini. dan perlu diisi di JOBS Malaysia .



SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam )

ini semua sedia maklum dan selalu diisi untuk mendapatkan kerja kerajaan...

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-


  1. melantik 
  2. mengesahkan dalam perkhidmatan 
  3. memasukkan kedalam jawatan berpencen
  4. menaikkan pangkat
  5. menukar 
  6. kawalan tatatertib
semua sektor awam kecuali dalam bidang pendidikan ....
pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakkan dari PMR sehingga PHD
boleh dilihat disini ..pilih yang mana anda layak dan berminat.
borang ada disediakan secara online...baca panduan dahulu sebelum mengisi borang...

terbaru : pihak SPA tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temuduga secara pos bagi calon di semenanjung..hanya diberikan notis melalui email..

jadi masa isi alamat email betul-betul dan sentiasa semak jika anda terpilih...
dah dapat notis temuduga??....sini ada rahsia lulus temuduga kerajaan

jadi kepada yang sedang mencari pekerjaan jika berminat boleh la tengok-tengok yang asha cadangkan n...





2 comments:

  1. Owh.. umie pon baru tahu.. thank for sharing..

    ReplyDelete
  2. Datang singgah..Jom join Bags Giveaway By Penselduabee.

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/bags-giveaway-by-penselduabee.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png