Friday, January 8, 2016

Benda Simple Tapi Dapat Pahala Hari Jumaat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


semua umat islam sedia maklum bahawa hari jumaat merupakan penghulu segala hari di mana ramai umat islam berebut-rebut untuk melakukan amalan sunat untuk menambah pahala akan tetapi dengan revolusi dunia sekarang ini ramai yang umat islam tahu tetapi untuk buat amalan tersebut dikatakan tidak sempat kerana lebih mementingkan kesibukkan didunia.

 Tetapi kita tak tahu (seperti asha yang baru tahu tetapi kalau yang dah tau alhamdulillah) yang benda simple kita selalu buat tiap-tiap hari atau memang kita kena buat benda tu tapi kalau buat pada hari jumaat akan mendapat mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Wallahualam

diceritakan dalam hadis bahawa pada hari jumaat bermula pada petang khamis (selepas asar) sehingga sebelum solat jumaat setiap malaikat akan turun kebumi untuk melihat dan memayungi orang-orang yang berada dalam majlis ilmu . Setiap orang yang malaikat nampak akan diberitahu kepada Allah SWT .Orang yang melakukan kebaikan akan diberi pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT walaupun orang tersebut bukan dalam kalangan orang beriman dan mempunyai banyak dosa.

Cara-Caranya ialah:

1. berdoa 
- ada satu waktu pada hari jumaat jika kita berdoa akan dimakbulkan doa.berdoa bukan bermakna hanya dalam solat perlu ada wuduk segala, Tetapi walaupun hanya secara tidak langsung hati kita tergerak dan meminta sesuatu daripada Allah SWT dengan ikhlas itu dikatakan juga berdoa.

2. basuh pakaian @ kemas rumah pada malam jumaat (hari Khamis) 
- macam asha yang kerja setiap hari n impun baju malam jumaat baru basuh hidup single bukan banyak baju pun. kalau macam kemas rumah mesti yang kerja tu tak sempat tapi  tak semestinya kena mop la kena sapu dari dalam sampai luar tetapi hanya bagi nampak bersih dan kemas berbanding hari sebelumnya pun dah cukup .kalau asha n lipat baju yang bertimbun lepas tu susun dalam almari .

3. banyakkan berzikir dan bertasbih .
- macam asha nak buat sesuatu ucap bismillah pun dikira berzikir.takkan la nak kena berzikir sampai tak boleh nak buat kerja sebab nak khusyuk punya pasal.

4.berpuasa (kena apitkan hari).
- contoh : hari khamis dan jumaat @ jumaat dan sabtu. Makruh berpuasa hanya hari jumaat sahaja.
  tujuan - membezakan cara orang islam berpuasa dengan orang yahudi berpuasa.

5.mandi sunat jumaat ( sebaik-baiknya sebelum pergi solat jumaat).
- kalau yang pergi kerja mandi pagi sebelum p kerja tu pun boleh tapi kena niat mandi sunat jumaat la.

6. Pakai pakaian baru dan bersih( sebaik-baiknya warna putih).
- bagi perempuan tak sesuai sebab nanti nampak kan tapi tak apa warna lain pun boleh.

7.potong kuku.
-yang n kalau dah kebetulan kuku tu panjang potong la hari jumaat jangan pula sengaja dibiarkan panjang semata-mata nak potong hari jumaat.

8. Menjaga bulu yang ada dibadan.
- misai dan janggut mesti dirapikan tetapi hendakklah menipiskan misai dan merapikan janggut bagi ada beza misai dan janggut. ini untuk membezakan orang islam dan orang yahudi
- bulu ketiak mesti dipotong dan tidak boleh di biarkan panjang melebihi 40 hari.
-bulu kemaluan . ini penting semua maklum yang tempat n sensitif dan perlu dibuang bulu agar tak ada kuman-kuman yang berumah disitu.


bukan semua yang asha tulis n kita kena buat .Yang mana kita sempat buat kita buat kalau tak sempat tak payah buat .benda paling simple kita boleh buat ialah mandi. Niat ja dah dapat dah pahala sunat tak tau la kot ada yang jenis tak mandi.

semua yang asha kongsi n asha tengok video 30 minit bersama ustaz don .kalau ada salah dan silap harap tegur dan maafkan sebab asha pun bukanlah arif tentang agama masih serba kekurangan dan cuba untuk perbaiki diri di tahun baru n.

sekian sahaja terima kasih kerana sudi membaca.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png