Monday, February 15, 2016

CNY Trip To Melaka : Part 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kami bertolak dari rumah asha pada pukul 10 pagi dari  Penang ( rumah sewa asha) ke Melaka dengan melalui jambatan Pulau Pinang Yang lama. Trafik biasa-biasa saja tak da la jem sangat...bila sampai dekat RNR sg buloh asha setkan WAZE sebab jalan dekat KL asha tak tau karang tembus p Johor pulak tak ka haru namanya..



Alhamdulillah setelah 6 jam kami tiba di homestay yang telah di booked awal oleh kakak asha yang terletak kira-kira 12 minit daripada Bandar Hilir . Bestnya homestay n ...rumah teres bukan rumah kampung tau ,  Taman Bukit Katil Indah...Rumah n ada 3 bilik , bilik utama ada bilik air dan air-cond tetapi semua bilik sudah dilengkapi dengan katil queen size dan bantal...bak kata bawak diri ja masuk rumah n ....dari dapur sampai garaj semua complete rasa macam duduk rumah sendiri ja .Mak pilih untuk masak sendiri memandangkan anak kakak asha yang lasak susah nak makan dikedai ,lagipun semua dah ada tinggal beli barang basah ja. Asha tak tido dalam bilik tapi tido depan tv dekat ruang tamu sebab ada air-cond hehehe....bukan tido atas lantai ya... tuan rumah dah sediakan toto dengan bantal tambahan...haaa lupa pula nak cakap pasal harga....homestay n asha rasa berbaloi...RM180 per night tau pastu ada tv, mesin basuh , peti ais n macam-macam lagi la....jadi kami ambik untuk 2 malam dapat ekstra 1 malam hehe baik betul tuan rumah n....



baby diyan dah siappp...yang lain mana??
ok lepas mandi, solat n makan kami keluar ke Banda Hilir.


Angan-angan nak naik River Cruise tapi bila sampai ja jalan dah jem parking pun tak da lepastu tengok dekat tempat nak naik star cruise tu...makkk aiiii panjangnya beratur terus mati angan-angan , kami jalan-jalan ja sekitar tu.. jom asha bawak semua tengok warna warni ketika waktu malam..


warna-warni daripada beca rempit yang semakin cantik dan canggih malah kedengaran riuh rendah lagu yang dimainkan setiap beca..RM 40 untuk satu beca...sebab pa asha panggil beca rempit sebab depa bawak laju berdesup....


n pulak menara jam stadhuys...belakang n ada gerai jual cenderamata...menara n terletak betul-betul di tepi jalan utama..


n pula dulu dipangil air pancut berirama...memang cantik dengan landskap bunga yang segar dan warna-warni...tapi asha tengok lagu bukan keluar dari air pancut n tapi lagu daripada abang yang duk busking tepi n.....kikiki


mampu ambik gambar ja tak dapat nak naik huhhuuuu...


n pula tarikan terbaru sebelum n asha tak nampak pun...katanya sudut kreatif ...arca yang dibuat daripada barang buangan...asha tak dapat gambaran pa bentuk depa buat n...





jalan sikit daripada tempat utama tadi akan jumpa keretapi da kapal terbang...dalam keretapi tu ada jual barang-barang cenderamata...boleh la kalau nak try naik...





baby diyan ralit tengok lampu warna-warni sampai kepala tertoleh kekiri kekanan , acu panggil pun tak layan hurmm....

ok la setakat n saja sebab kena balik dah lewat budak-budak n kena tido jugak nantikan sambungan  asha cerita tempat menarik sekitar Melaka dalam Part 2 pula bubyee....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png