Friday, February 19, 2016

TARBIAH SENTAP :Bagaimana Nak Nikah Tapi Tak Mau Couple?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





macam mana nak KAWEN kalau TAK couple atau bercinta dulu sebelum kawen???
satgi membujang sampai ke tua tak pun kawen lepas tu bercerai.....






  • kalau  BELUM couple lagi, maka BERTAQWALAH  pada Allah. ~ secara bersungguh-sungguh bukan sambil lewa saja.
  • kalau SEDANG couple ada beberapa pilihan tapi sebelum tu ,rasalah bersalah dan berdosa serta bertaubatlah pada ALLAH. Dosa n adalah perkara yang buat kita rasa gelisah dan benci kalau orang tau kita buat. 
  • PILIHAN PERTAMA - kalau dah ada pilihan di hati kawen la secepat mungkin . paling baik tahun n jangan bertangguh sampai  5, 6 tahun . Semakin lama Couple semakin banyak kau nak buat dosa . Hati pun tak tenang amal pun semakin berkurang.
  • PILIHAN KEDUA - putuskanlah hubungan couple tersebut kalau dah teragak-agak bila nak kawen . Biasa akan kata " Aku nak kawen la nanti..." . Bila ditanya nant itu bila?  . " Nantilah kami fikir.."........nampak sangat tak serius nak main-main saja bukan nak kawen sangat pun...Taubat la mati bila-bila saja datang..
  • KALAU PELAJAR - belajarlah bersungguh-sungguh, Tak payah duk pening fikir tentang cinta , nak kena pujuk abang  senior merajuk bagai...kalau dah sekali terperangkap bab cintan cintun n percayalah mesti akan KETAGIH dan susah nak tinggalkan...nak study sama-sama konon ,boleh jadi pembakar semangat...tak payah tipu la memang takkan fokus dekat study punya...cukup la jadikan AL-Quran dan hadis sebagai pembakar semangat sekurang-kurangnya nanti diakhirat boleh tolong kita bagi sejuk...n pembakar semangat di dunia pembakar kau di akhirat....
  • " Kami bercinta tak buat apa-apa pun, pegang tangan pun tak, kami bercinta kerana Allah"  kau bukan bercinta kerana Allah , tetapi bercinta sebab NAFSU syahwat ! kalau kau bercinta mesti kau lupa Allah buktinya?......solat lambat sebab nak reply whatapps dulu , tidur lambat pastu subuh melepas...., solat pun tak khusyuk sebab duk teringat-ingat sidia...
  • " Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya , 
    cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah BERDUSTA .
    Kau Bermaksiat  , lalu mengaku  mencintaiNya? 
    ini sungguh mustahil  terjadi. 
    Andaikan cintamu itu sejati , kau pasti mentaatiNYa.
    Tanda cinta adalah TAAT !" 
    (Imam Syafi'l- Mawa'dh Imam Syafi'i)
  • PELAJAR TAPI BERSUNGGUH NAK KAWEN - pastikan kau MAMPU dan bersedia dari segi wang, fizikal dan agama secukupnya bukan sebab dengar ceramah kawen awal kau terus nak kawen awal..
  • GUNAKAN ORANG TENGAH- sesiapa yang MAHRAM dengan kau kalau tiada cari ustaz atau ustazah yang sudah berkahwin untuk carikan kau calon isteri.
  • BUAT GROUP WHATAPPS - maksudnya dalam group tu ada bakal pasangan kau ,ada 4 orang mahram kau dan 4 orang mahram pasangan kau supaya perbincangan dengan perempuan tu TERJAGA.tak da la nak chat merapu yang boleh membawa kepada zina.
  • NAK CARI PASANGAN SENDIRI - bolehhh...tapi mesti jaga ikhtilat...wajib juga ada orang tengah dan ciri orang tengah tu bukan kaki couple jugak kalau tak tak ada peranan pun dia tu...


asha cuba kongsikan apa yang asha baca dan faham dalam buku aku bukan malaikat tulisan Shukery Azizan . Asha rasa apa dia tulis memang betol dan asha pun pernah melaluinya .tapi yang ini lebih sesuai untuk lelaki yang tengah mencari hehehe....untuk perempuan pulak boleh p tarbiah saudara lelaki anda hehe...

sekian....

10 comments:

  1. Menatik asha. Perempuan pun kena mainkan peranan yg sama, kalau tak hampehhh. Sia sia je usaha si lelaki nak kearah kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha btoi tu klu laki dah gaya alim tapi pompuan duk goda jemm jugak..

      Delete
  2. Perkongsian yang menarik.. mula sedar diri sendiri macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa kita sama-sama perbetul dri ya...

      Delete
  3. alhamdulillah..saya kenal suami tak sampai sbulan pastu tunang.. x lama tunang terus nikah...selepas bnikah baru lah kitaorg bercinta..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya asha suka macam tu bercinta lepas kawen lagi sweeett gitu...

      Delete
  4. huhuhu thanks share! qila suka betul tarbiah sentap ni hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome dear...memang sentap sakitnya tuh disini.....

      Delete
  5. Good reminder for everyone since bercinta is kinda trend nowadays

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png