Thursday, February 18, 2016

Keputusan Stpm Penggal 1 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
tahniah kak asha ucapkan kepada adik-adik form 6 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang hari n...suka tengok depa pekena cikgu depa kata tak lulus...muka cikgu cuak dah last-last tunjuk result haaa...bergema satu lab n depa gelak...lupa pulak nak gitau asha n kerja dekat lab sekolah. Satg ada yang pening pulak baca apa asha tulis n..pada yang tak lulus tu jangan putus asa lagi simpan duit ya nanti repeat balik paper tu .



asha dulu ada pengalaman masuk form 6 tapi setaun ja la lepas tu dapat tawaran u terus cabut lari...hehehe..asha tak kata form 6 n tak bagus tapi asha yang salah pilih course lepas tu bila tak boleh bawak mula la nak meroyan ...asha pilih sains dulu sebab asha memang minat sains tapiii....bila course sains form 6 n ada fizik(pilihan) , matematik,muet , biologi(pilihan )  dan pengajian am .Asha memang sangat tak suka matematik dengan fizik tuptup kena ambik pula....

minggu orintasi tu memang asha duk timbang-timbang kalau ambik course sastera nanti ada pengajian am, sastera, matematik (pilihan), geografi, prinsip akaun (pilihan). asha bab nak buat karangan n memang lemah...tambah lagi sastera memang out la ayat tak puitis langsung....last-last ambik juga sains....

biologi form 6 memang best sebab semua eksperimen kena buat sorang-sorang pastu eksperimen pula menggunakan hidupan contoh macam bedah tikus..., awet serangga  memang best la.....matematik pula macam lanjutan dan lebih mendalam daripada  matematik tambahan masa form 4, form 5. cuba bayangkan betapa susahnya nak faham simbol, nak kira semua....fizik asha tak ambik tolak awai lagi. kimia pula best masa buat eksperimen ja masa belajar teori memang nak pecah otak kena hafal formula , molekul semua fuhhh.....

yang bestnya form 6 n sapa masuk dapat biasiswa. masa zaman asha biasiswa budak sains lagi banyak daripada budak sastera kikiki....lepas dapat biasiswa dan baucer buku asha cabut la masuk u plak....jahat kan....jangan tiru kak asha tau...sekarang jeles tengok kawan-kawan STPM duk sambung belajar degree asha n kerja ja.....

nasihat kak asha kepada adik-adik yang duk pening nak ambk ka tak STPM....

  1. tengok keupayaan diri adik dan subjek yang adik lebih cenderung untuk cemerlang.
  2. tengok kemampuan keluarga kalau tak boleh masuk kolej masuk ja form 6.
  3. jangan ikut kawan
  4. tanya pendapat cikgu yang mengajar adik di sekolah.
  5. kalau semua dah tapi duk pening jugak buat macam kak asha masuk n try dulu kalau tak boleh keluar la heee....


dengar kata lepas n form 6 atau paruniversiti akan dijadikan berpusat . maknanya dalam satu negeri ada 1 atau 2 sekolah yang ada .sekolah lain tak ada. lepas tu gaya belajar pun tak payah pakai baju sekolah dah depa nak buat macam sistem dekat universiti...macam best ja......apa-apa pun 

DO THE BEST
BE THE BEST.......



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png