بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
alhamdulillah , asha terbaca perkongsian daripada blog sheila adziz tentang segmen yang dianjurkan oleh pokok2u . Malah asha rasa segmen ini sangat sesuai dengan kehidupan asha sekarang.
Asha ditakdirkan hidup merantau pada usia 20 tahun untuk bekerja di sebuah negeri yang sangat mencabar. Asha berasal daripada kampung di Perlis tetapi terpaksa bekerja di Pulau Pinang. Bukan jadi culture shock tapi jadi Economic Shock.....kah kah kah...
menetap di Pulau Pinang memang memerlukan kos sara hidup dan perbelanjaan yang sangat tinggi. Duit gaji asha setiap bulan tak berupaya untuk buatkan asha berada dalam zon selesa . Ya la baru mula kerja gaji pun ciput ja. Asha terpaksa menyewa bilik dengan kadar RM 115 tu pun kongsi dengan kawan . Kenderaan asha tumpang kawan pada tahun pertama dengan bayaran RM100 setiap bulan. ini semua tak termasuk dengan perbelanjaan untuk keperluan diri lagi , tambang bas nak balik kampung , makan dan minum , dan lain-lain...
makan pun terpaksa bajet takur tersasar memang kena posa la jawabnya...lama-kelamaan asha sedar yang asha perlu ada perubahan . tak boleh hanya harapkan gaji daripda kerja tetap sahaja. Tambahan pula asha kesian family asha yang datang dari jauh tapi tak dapat berehat hanya hantar dibwah flat saja. ya la dah sewa bilik saja kan....
asha mula mengorak langkah cari kerja part time. Asha blik kerja tetap 4.30 petang jadi selepas itu memang asha duk saja ja. cari punya cari akhirnya Allah bagi rezeki dapat kerja part time dari pukul 6 petang hingga 10 malam dengan bayaran sejam RM 4.50. Sebulan asha dapat lebih kurang RM 400 tu pun sebab banyak ambik cuti kalau jarang cuti dapat banyak la.
bila dicampur kedua-dua pendapatan asha rasa macam naik satu level dalam hidup asha iaitu asha boleh berdikari tak payah minta pinjam duit dekat mak dah asha pun sudah ada moto sendiri tak payah nak tumpang kawan dah.....alhamdulillah
lepas semua tu ada satu lagi asha rasa tak puas hati iaitu keselesaan family asha terutama ayah yang drive berjam-jam tapi sampai tak dan rehat kena drive balik pulak...jadi asha cuba cri lagi celah mana yang dapat menghasilkan duit yang halal. jadi asha jadi dropship online pakaian tapi tak dapat sambutan asha beralih pula kepada dropship produk kesihatan dan kecantikan secara offline. Pendapatan bolehla lepas untuk minyak moto. Lepas tu asha tolong kawan-kawan yang suruh buat assignment dapat la upah sikit bukan buat full pun kadang-kadang tolong cari maklumat kadang-kadang tolong taip dan print.
semua kerja tu hanya membuahkan hasil yang sementara sahaja . Asha ditemukan dengan seorang kak yang faham akan masalah asha jadi ,dia rekeman masuk forex yang sememangnya diluluskan negara dan halal. Alhamdulillah kini asha dapat menyewa apartmen sebulan RM600 mempunyai 3 bilik, ini kira paling murah di sekitar Georgetown setakat n.. asha seronok tengok family suka mai umah asha , semua dapat berkumpul dan berehat.
asha ingat lagi bos asha cakap " lagi besar periuk , lagi banyak keraknya".......betul cakap dia bila dah ada rumah mesti kena beli barang dalam rumah tu.takkan nak makan meggie setiap hari. Malahan asha akan berkahwin tak lama lagi. Semua n memerlukan duit...duit....
asha cuba berjimat dari segi semua aspek termasuk perbelanjaan untuk kredit topup. Jadi asha terjumpa plan onexox yang dapat bantu asha selesaikan masalah n . Dalam dunia blogging n asha baru menjinakkan diri masih tiada pendpatan hanya sekadar tempat berkongsi dan mengambil ilmu
kesimpulannya asha sekarang kerja:
- kerja tetap
- kerja part time (parkson)
- dealer onexox
- forex
- berhajat untuk jana income dri blog
asha harap rezeki yang asha cari n diberkati olehNYA dan asha tak lalai mengejar kemewahan dunia ....AMINNN...
Terima kasih sertai segmen ini. Nanti saya update. Selamat maju jaya. Menarik kerja yang Asha buat.
ReplyDeletesama-sama ...oraite
Deletesmoga terus berjaya!! :D
ReplyDeletekamsahamnida chingu
Deletework hard paid off in sha Allah :) all the best!! sedap lagu blog janam janam gituu hehehe
ReplyDeleteinsyaallah harap begitu la selagi mampu buat kerja dengan tulang empat kerat n.
Deletetahniah~ seronok dengar. apa2 wish you all the best.. :D
ReplyDeletetenkiu...
ReplyDeleteWah... kisah yang memberi inspirasi... boleh karang jadi cerita yang lebih power... kalau nak join forex juga boleh ajar ke? inersisham84@gmail.com
ReplyDeletesemoga berjaya - dari segmen yang sama...