بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Minggu depan minggu last persekolahan lepas tu cuti sekolah seminggu kan....mesti ada yang tengah tunggu debaran untuk naik pelamin kann....asha pun tak sabar nak balik kampung nak p makan kenduri yummyy....
asha share n untuk bakal-bakal raja sehari sempat lagi n nak buat...nak kawen mesti la nak cantik serba serbi kan so jomm....
1.MENCANTIKKAN KUKU TANGAN DAN KAKI
letak 5 hingga 10 keping asam keping dan garam halus kedalam air suam. Biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 minit . Insyaallah kuku akan kelihatan lebih bersih dan cantik tak da la nanti kuku nampak berkarat ja masa suami nak sarungkan cincin...kikiki
2.MEMUTIHKAN & MENGILATKAN GIGI
ambil beberapa helai daun kelapa kering , kemudian bakar sehingga menjadi abu . gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. ulangi proses ini untuk untuk dapatkan gigi yang putih dan berkilat.... ~yg n asha tak sanggup buat hehe...
3. HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA.
lekapkan pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan biarkan semalaman dan lakukan 3 kali seminggu....suruh family minum air teh ja selama sebulan lepas tu uncang tu bagi dekat kita ja kan jimattt....
4.MERAHKAN MUKA DAN BIBIR.
sapukan muka dan bibir dengan madu lebah asli setiap malam . Lakukan selama seminggu danlihat hasilnya , kulit muka dan bibir akan kelihatan kemerah-merahan secara semula jadi.. ~tak payah la kena letak mekap tebal-tebal nanti lepas tu berpeluh hancusss habih...
5. HILANGKAN DAKI PADA KULIT TUBUH.
amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki . Gosok juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha , dan bawah lengan .Lama kelamaan daki beransur hilang dan kulit lebih bersih dan halus...
6. HALUSKAN KULIT KAKI DAN TANGAN .
sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam , biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan . selepas itu basuh bersih dengan air suam . Insyaallah kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut.
7. MATA BERSINAR
sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kan..?...basahkan kapas kedalam air teh pekat yang sejuk. kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika . Amalkan beberapakali dalam seminggu insyaallah anda akan memiliki mata yg segar dan bersinar..~tak payah la susah-susah jegil mata nak letak contact lens mata ori pun cantik..
8.RAMBUT SELEMBUT SUTERA.
lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. selepas bangun tidur pada waktu pagi shampoo rambut dan bilas sampai bersih . lap rambut sehingga rambut hampir kering , ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk dijadikan perapi rambut . ~yg n asha selalu buat tapi guna minyak kelapa memang betul rambut lembut.
9.KULIT CERAH DAN LICIN.
bosan kan selalu dangaq kena mandi susu dan pupur . kali n cuba ambik sebiji limau nipis dan belah dua , gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi insyallah kulit kelihatan cerah dan harum..
10. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA.
tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya .campurkan sedikit air dan 1 camca besar madu asli . kemudian sapu ramuan inipada leher dan muka. biarkan lebih kurang 15 minit , kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam . Amalkan 3 hingga 4 bulan dan tengok sendiri hasilnya.
11.MEWANGIKAN RAMBUT.
ambil air perahan 10 helai daun pandan yang ditumbuk lumat .sapukan ke kepala biarkan beberapa ketika,selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam ...ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban...
mengamalkan petua-petua tradisional n memerlukan kesabaran dan dilakukan secara konsisten baru la dapat hasil...walaupun lambat tapi berbaloi....tapi zaman sekarang dah canggih produk kecantikkan belambak beli ja tapi buat pa semua tu sementara nanti dah tua akan memudaratkan kesihatan kita pulak...
apa-apa pun gudluck...
ps: nanti asha p blogwalking blog hampa na