بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Thursday, January 28, 2016
''SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016"
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Damailah Kamu di Sana..Aminn
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Empat hari yang lepas kita digemparkan dengan berita kemalangan 5 orang pelajar Malaysia di Jordan.3 orang maut 2 orang cedera. Asha memang selalu ikut berita terkini tentang n. Kemarin, jenazah yang ketiga Fatin Iqmal Idzyani Che Aziz telah selamat dikebumikan di kampungnya Kampung Banggol Batu ,Lenggong bagi memenuhi hasrat nenek untuk melihat cucunya buat kali terakhir.manakala yang cedera dipindahkan ke Hospital di Amman.
Wednesday, January 27, 2016
Jangan Risau Simpanan Anda Selamat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Baru-baru ni asha terbaca di media sosial tentang isu Pembayaran Bonus Pendeposit 2015 dan Surat Bank Negara Malaysia (BNM). Walaupun simpanan asha tak banyak tapi still risau juga tapi kemarin Lembaga Tabung Haji mengeluarkan kenyataan yang semua simpanan di TH selamat dan tidak perlu risau.
Pihak TH telah memberi jaminan yang tiada kelewatan akan berlaku untuk mengumumkan bonus kepada pendeposit. Tambahnya, bonus akan diumumkan pada awal bulan Februari 2016. Fuh ...lega ingatkan bankrup ka apa ka...
Terdahulu surat BNM menyarankan supaya TH mengkaji semula polisi rizab TH disebabkan nilai aset TH lebih rendah daripada labiliti. Jadi pihak TH menerima baik akan saranan tersebut untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan .
Jadi mak-mak, ayah-ayah tak perlu risau na TH dah bagi jaminan pun jadi tunggu ja pengumuman bonus. Surat dari bank negara tu bukannya tulis semua simpanan burn pun depa bagi cadangan untuk penambahbaikan ja pun....
so....mesti tak sabar kan tunggu bonus diumumkan...
#Wordless Wednesday : bila kawan makan tak ajak kita
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
p/s : jangan lupa nak makan ajak asha sekali........
Tuesday, January 26, 2016
Jasad Disini Fikiran Disana
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
bila 3 hari cuti plus dapat balik kampung pulak memang jadi camni la bila masuk kerja hari pertama.... berjangkit monday blues...
3 hari asha menyepi sebab balik kampung ...lappy memang tak bawak balik sebab nak spend time dengan family...
Asha pelik macam mana la perantau yang lain boleh hidup tak balik kampung....kerja 24 jam...kalau asha macam tu memang tempah siap-siap bilik dekat tanjung rambutan tu hihihi....boleh jem kepala....mungkin la juga asha n anak manja tu sebab jadi macam n ....
bila masuk ja kampung....bau padi pun rasa bahagia dah...lagi-lagi kalau dah nampak bumbung rumah rasa macam nak lompat dari kereta ja....mak ayah pulak layan anak dia n macam tak balik setaun,,,walhal baru minggu lepas mak ayah turun Penang jumpa asha...
Untungla jadi anak manja ada duit sendiri pun boleh ngada-ngada mintak nak itu nak ini...paling asha rasa tak mau balik Penang bila mak goreng ikan darat ...perghhh bau pun dah meleleh ayaq liuq...ayah asha suka menjala ikan darat...ikan darat tu maksudnya ikan sungai macam ikan sepat, ikan puyu dan ikan haruan...selalu orang mancing tapi kalau menjala lagi cepat dan hasil pun banyak.....
Sesetengah orang tak makan ikan n sebab dikatakan bau hanyir...bau hanyir tu sebab depa tak pandai basuh ikan tu...sapa tak makan memang rugi tambah-tambah lagi orang kampung mesti pernah rasa ikan n...
kalau ikut petua mak asha:
- siang ikan tu buang semua perut ,kepala dan sirip.
- cuci kali pertama dengan garam dan air bersih.
- cuci kali kedua menggunakan daun jambu batu untuk buang semua lendir-lendir dekat ikan .
- kemudian letak garam n kunyit dan masukkan dalam kuali....potong bawang besar sikit n goreng dengan ikan....
walaweii....memang sodappp...cara cuci ikan n pun boleh dilakukan untuk siang ikan keli supaya tidak hanyir dan sedap...
terdengar bunyi ketukan pintu...sapa la pulak kacau asha duk berangan n huhuhuh kacau line betoi la.. baru sedar asha berada di Penang dah tambah lagi tengah kerja.....hurmm mula hormon happy berkurangan sebab asha kena lakukan rutin harian , tanpa bau lauk yang digoreng mak , tanpa bunyi moto ayah yang dengar satu kampung, tanpa leteran mak di pagi hari , tanpa suara nakal anak saudara yang seronok dapat buat mak tok dia marah..hurmm ....doakan asha kuat menempuhi semua ini...
Thursday, January 21, 2016
" Segmen Blogwalking By Nurnbla (January) "
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
hari ni buka-buka tengok shout out dapat tag daripada Syaidah Seha untuk join segmen n . Thanks yunk !......
Asha berbesar hati untuk join segmen n tetapi jikalau ada yang asha tak sempat berblogwalking tu harap dimaafkan la tapi tolong mai blog asha selalu agar asha teringat untuk p parking kat blog hampa pulak tau...
for Numbla Eila , asha ucapkan all the best ambik lesen tu buat leklok jangan nanti rempit pulak terkejut abang JPJ tu nanti Ahaks......
jom-jom kita eratkan lagi hubungan sesama blogger xmau sombong-sombong ....
klik banner ya...
siapakah yg bertuah asha tag : syamsid dhuha dan Aienienka peter
Wednesday, January 20, 2016
Tuesday, January 19, 2016
Rider Perempuan..... Sopan VS Rempit
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
asha juga merupakan seorang penunggang motosikal sejak dapat lesen masa Form 4 lagi. P mana pun semua dengan moto , bukan tak ada lesen kereta tapi rasa senang naik moto sambil tu boleh makan angin kannn...
sebab apa sopan VS rempit?
Monday, January 18, 2016
ENA NAK URL BLOG!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
terpanggil untuk baca post di blog IZYAN CINNAMON .
alang-alang terbaca kena terjoin la hihihi...
dateline : 31 january 2016
Sunday, January 17, 2016
Adab Perempuan VS Lelaki Ketika di Surau Awam
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
surau awam bermaksud surau yang berada ditempat awam untuk kemudahan orang awam ketika berada disitu.
Asha pelik bin heran la zaman sekarang n bedasarkan pengalaman asha sendiri la semasa solat disurau awam terutama surau ditempat kerja ( Part time).
"Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger".
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
alhamdulillah , asha terbaca perkongsian daripada blog sheila adziz tentang segmen yang dianjurkan oleh pokok2u . Malah asha rasa segmen ini sangat sesuai dengan kehidupan asha sekarang.
Asha ditakdirkan hidup merantau pada usia 20 tahun untuk bekerja di sebuah negeri yang sangat mencabar. Asha berasal daripada kampung di Perlis tetapi terpaksa bekerja di Pulau Pinang. Bukan jadi culture shock tapi jadi Economic Shock.....kah kah kah...
menetap di Pulau Pinang memang memerlukan kos sara hidup dan perbelanjaan yang sangat tinggi. Duit gaji asha setiap bulan tak berupaya untuk buatkan asha berada dalam zon selesa . Ya la baru mula kerja gaji pun ciput ja. Asha terpaksa menyewa bilik dengan kadar RM 115 tu pun kongsi dengan kawan . Kenderaan asha tumpang kawan pada tahun pertama dengan bayaran RM100 setiap bulan. ini semua tak termasuk dengan perbelanjaan untuk keperluan diri lagi , tambang bas nak balik kampung , makan dan minum , dan lain-lain...
makan pun terpaksa bajet takur tersasar memang kena posa la jawabnya...lama-kelamaan asha sedar yang asha perlu ada perubahan . tak boleh hanya harapkan gaji daripda kerja tetap sahaja. Tambahan pula asha kesian family asha yang datang dari jauh tapi tak dapat berehat hanya hantar dibwah flat saja. ya la dah sewa bilik saja kan....
asha mula mengorak langkah cari kerja part time. Asha blik kerja tetap 4.30 petang jadi selepas itu memang asha duk saja ja. cari punya cari akhirnya Allah bagi rezeki dapat kerja part time dari pukul 6 petang hingga 10 malam dengan bayaran sejam RM 4.50. Sebulan asha dapat lebih kurang RM 400 tu pun sebab banyak ambik cuti kalau jarang cuti dapat banyak la.
bila dicampur kedua-dua pendapatan asha rasa macam naik satu level dalam hidup asha iaitu asha boleh berdikari tak payah minta pinjam duit dekat mak dah asha pun sudah ada moto sendiri tak payah nak tumpang kawan dah.....alhamdulillah
lepas semua tu ada satu lagi asha rasa tak puas hati iaitu keselesaan family asha terutama ayah yang drive berjam-jam tapi sampai tak dan rehat kena drive balik pulak...jadi asha cuba cri lagi celah mana yang dapat menghasilkan duit yang halal. jadi asha jadi dropship online pakaian tapi tak dapat sambutan asha beralih pula kepada dropship produk kesihatan dan kecantikan secara offline. Pendapatan bolehla lepas untuk minyak moto. Lepas tu asha tolong kawan-kawan yang suruh buat assignment dapat la upah sikit bukan buat full pun kadang-kadang tolong cari maklumat kadang-kadang tolong taip dan print.
semua kerja tu hanya membuahkan hasil yang sementara sahaja . Asha ditemukan dengan seorang kak yang faham akan masalah asha jadi ,dia rekeman masuk forex yang sememangnya diluluskan negara dan halal. Alhamdulillah kini asha dapat menyewa apartmen sebulan RM600 mempunyai 3 bilik, ini kira paling murah di sekitar Georgetown setakat n.. asha seronok tengok family suka mai umah asha , semua dapat berkumpul dan berehat.
asha ingat lagi bos asha cakap " lagi besar periuk , lagi banyak keraknya".......betul cakap dia bila dah ada rumah mesti kena beli barang dalam rumah tu.takkan nak makan meggie setiap hari. Malahan asha akan berkahwin tak lama lagi. Semua n memerlukan duit...duit....
asha cuba berjimat dari segi semua aspek termasuk perbelanjaan untuk kredit topup. Jadi asha terjumpa plan onexox yang dapat bantu asha selesaikan masalah n . Dalam dunia blogging n asha baru menjinakkan diri masih tiada pendpatan hanya sekadar tempat berkongsi dan mengambil ilmu
kesimpulannya asha sekarang kerja:
- kerja tetap
- kerja part time (parkson)
- dealer onexox
- forex
- berhajat untuk jana income dri blog
asha harap rezeki yang asha cari n diberkati olehNYA dan asha tak lalai mengejar kemewahan dunia ....AMINNN...
Saturday, January 16, 2016
Gambar Pengantin Paling Sempoi !!!!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Photograph With Soul"
haaaa nak cerita sikit asha n memang suka tengok gambar wedding orang tambah lagi yang buat action spontan memang kelakar...dalam duk tengah tengok tu terjumpa satu nama Tied.the .knot dekat instagram .
Yang menariknya pasangan suami isteri yang mengusahakannya. Asha tengok koleksi gambar outdoor pengantin yang dihasilkan memang unik dan menarik . asha tak pernah tengok lagi sebelum n . yang paling penting bila tengok asyik gelak.
asha pun nak kenangan asha dialbumkan sebegini bila tengok balik akan rasa kelakar bukan tengok gambar macam tak ada perasaan. tengok 2 saat lepas tu selak halaman sebelah .sesuai la dengan tagline mereka .memang gambar yang dihasilkan ada soul....cayalah.
jom asha kongsikan disini..
memang kelakar kan....selalu background mesti tempat cantik-cantik . n tempat biasa ja pun....
apa pun tahniah diucapkan kepada pengantin......
credit: HCL , tied.the.knot websta
Niat Baik Membuka Pintu Rezeki
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
alhamdulillah....mula asha rasa takut dan bimbang tiada sambutan terhadap jualan simkad jimat yang asha usahakan tapi dengan niat di hati nak tolong orang lain turut sama berjimat ,asha tebalkan muka cerita tentang simkad n . sudahlah selama n asha selalu tertipu dengan syarikat telco yang lain yang hanya pandai berkata-kata manis sahaja .
paling asha kesian dekat mak ayah asha bila tambah nilai kredit telefon , dapat mesej suruh langgan yang itu yang ini last-last check kredit tinggal sikit. Sampai kadang-kadang ayah asha habis kredit macam tu saja tak dan nak guna pun. Yang mak pulak bila topup tak guna masa nak guna fon nak call tengok-tengok dah tamat tempoh . Kredit banyak lagi....hurmmmm.
nasib baik asha bertemu jodoh dengan plan onexox masalah mak dan ayah pun selesai sebab onexox tempoh sah percuma sehingga 2 tahun 4 bulan. Malah bila kita topup RM5 dapat loyalti point 5. point n nanti boleh tebus dengan free sms . Kalau tak ada kredit nak call masih boleh sms...
onexox bukan MLM mana ada MLM beli simkad RM10 saja . ini cuma simkad yang jimat . panggilan serendah 5 sen dan sms serendah 2 sen ke semua rangkaian...
malam n juga Allah bagi rezeki dekat asha ada 3 orang baru beli simkad n.terima kasih kerana percayakan asha. Bila kita mudahkan kerja orang dengan niat ikhlas dan baik Allah mudahkan kerja kita pula.
berminat nak jimat jugak whatapps asha untuk dapatkan simkad :0134993001
Friday, January 15, 2016
Sudah Ka Belum? Kalau belum JOM...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah asha masih bernafas hari ini dan bangun dalam keadaan sihat tubuh badan dan masih mempunyai insan-insan yang tersayang disekeliling.
bertemu dengan hari yang mulia ini asha bukan mengajak semua rakan sahaja tetapi asha menulis n untuk memperingati diri sendiri yang sering khilaf dan alpha dengan keduniaan . Marilah kita luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk ambik maanfaat dengan membaca surah Al-kahfi untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
ingatlah bahawa ajal itu tidak mengira usia dan masa bila-bila masa sahaja kita akan dijemput bertemuNYA. 2 3 hari kebelakangan n asha sering menerima berita kematian rakan yang masih muda umur mereka.
sekurang-kurangnya kalau tengah berblogwalking n ditakdirkan dijemput Ilahi kita sudah ada sikit bekalan dengan membaca surah ini. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah yang kurang itu dari asha sendiri harap maaf jika ada salah dan silap.
Thursday, January 14, 2016
HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
hari n asha tak tau nak tulis apa rasa nak join GA saja sambil blogwalking dekat blog hampa sapa masuk asha p terjah balik ok
hadiah GA n menarik tertarik kau memang daboomm..
nak tau klik banner ok
Wednesday, January 13, 2016
Promosi Sempena Tahun Baru
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
TOYOTA MALAYSIA
TOYOTA MALAYSIA
toyota vios tuuu...memang idaman asha pun kereta n tapi ya la asha n baru saja menapak dalam dunia pekerjaan gaji pun biasa-biasa sahaja mana la mampu nak beli .Tapi asha yakin kalau asha beruasaha mesti dapat jugak kan. aminnn..
depa n macam duk perangat asha ja duk buat promosi la pastu design kereta pun makin cantik n sporty i likeee....
jom kita tengok promosi terbaru depa...
syarikat Toyota Malaysia buat promosi sempena tahun baru n dengan memberi :
- Rebate secara tunai
- free aksesori kereta
apabila anda membeli salah satu kereta daripada Toyota tetapi hanya pada
1- 31 January 2016
kepada yang memang hajat nak beli tu jangan lepaskan peluang p melawat dekat showroom yang terdekat ya...
#Wordless Wednesday
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
sayangilah anugerah ini..........
Tuesday, January 12, 2016
Mall Alam Fantasi 5D di Penang
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
jom tengok gambar dulu
jom tengok gambar dulu
masa nak naik eskalator nampak jambatan Pulau Pinang kat tengah tu siap ada kenderaan lagi.
nasib xmuat kereta kalau x asha anggkut bawak balik dah.
permainan kereta laga atau time machine teringin nak naik tapi mahal sangat.
seni bina siling berbentuk cendawan....macam dunia terbalik pulak..
memang sangaht-sangat cantik asha tak pernah lagi pergi tempat macam n.setiap tingkat dalam mall n dihias ikut tema. seperti jepun ada bunga sakura , ada musim luruh , ada fairytail macam cendawan tu.
tingkat yang menempatkan barangan keperluan bayi dan kanak-kanak dihias sesuai dengan jiwa kanank-kanak macam bear besar tu ,ada karakter kartun, macam macam lah...serius asha tak mau balik..
paling asha kagum seni bina pada siling mall, mana ada siling petak-petak putih semua 5D punya. contoh yang n dihias guna cermin terdiri daripada pelbagai bentuk....abaikan 2 orang tu.
kalau kedai-kedai tu macam mall biasa la ada jual fon ada juai baju cuma hiasan dalaman tu buatkan kita berada di alam fantasi atau cerita dogeng kanak-kanak.
masa asha p asha ternampak taman tema kanak-kanak yang masih dalam pembinaan ...waaa lagi best la kalau dah siap nanti. akan ada jugak muzium 5D dan banyak lagi la nak cerita tak habih .
nak tengok ,nak rasa kena mai sendiri ok...
Telco Yang Menjimatkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
asha selalu jadi macam n dulu kalau check baki kredit fon bila call dengan mak dekat kampung tu tak termasuk call tak diangkat operator yang angkat memang hangus la kredit.Tambah lagi asha guna telco celcom yang hanya boleh topup RM10.60 termasuk gst tetapi tahun n memang 60 sen dimansuhkan tetapi masuk kredit tak cukup RM10 pulak.
sat saja topup call mak yg guna maxis call kawan yang guna digi pastu kena topup balik. Nasib tahun baru n asha jumpa dengan telco ONEXOX. Ramai duk kata n macam MLM walhal semua itu tidak benar sama sekali. Asha nak jimat ja pun tak payah topup banyak kali duit pun kering.
sebab asha pilih telco n :
- panggilan serendah 5 sen
- sms serendah 2 sen
- free 1800 sms sesama rangkaian - (klau kredit habis kita boleh hantar sms masa kecemasan)
- loyalty point points setiap kali topup
- data internet berkelajuan tinggi
- tanpa caj ppu
- unlimited tempoh sah. -(guna kredit sampai habis tak payah risau tentang tarikh tamat tempoh)
- boleh buat 10 number favourite berbeza rangkaian.
- simkad RM10 tak termasuk pos.( RM5 kredit tersedia)
bila asha tukar memang nampak perbezaannya tak ragu dah nak call sapa-sapa.tak payah duk pikir tarikh nak tamat dah kredit banyak lagi nak topup pula duit tak ada.
jom kita sama-sama berjimat bukan nak buat bisnes. sapa berminat tinggalkan no fon di ruang komen. asha akan beri kepada pengedar simkad.
Friday, January 8, 2016
First Giveaway by Nuruleaida
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Benda Simple Tapi Dapat Pahala Hari Jumaat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
semua umat islam sedia maklum bahawa hari jumaat merupakan penghulu segala hari di mana ramai umat islam berebut-rebut untuk melakukan amalan sunat untuk menambah pahala akan tetapi dengan revolusi dunia sekarang ini ramai yang umat islam tahu tetapi untuk buat amalan tersebut dikatakan tidak sempat kerana lebih mementingkan kesibukkan didunia.
Tetapi kita tak tahu (seperti asha yang baru tahu tetapi kalau yang dah tau alhamdulillah) yang benda simple kita selalu buat tiap-tiap hari atau memang kita kena buat benda tu tapi kalau buat pada hari jumaat akan mendapat mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Wallahualam
diceritakan dalam hadis bahawa pada hari jumaat bermula pada petang khamis (selepas asar) sehingga sebelum solat jumaat setiap malaikat akan turun kebumi untuk melihat dan memayungi orang-orang yang berada dalam majlis ilmu . Setiap orang yang malaikat nampak akan diberitahu kepada Allah SWT .Orang yang melakukan kebaikan akan diberi pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT walaupun orang tersebut bukan dalam kalangan orang beriman dan mempunyai banyak dosa.
Cara-Caranya ialah:
1. berdoa
- ada satu waktu pada hari jumaat jika kita berdoa akan dimakbulkan doa.berdoa bukan bermakna hanya dalam solat perlu ada wuduk segala, Tetapi walaupun hanya secara tidak langsung hati kita tergerak dan meminta sesuatu daripada Allah SWT dengan ikhlas itu dikatakan juga berdoa.
2. basuh pakaian @ kemas rumah pada malam jumaat (hari Khamis)
- macam asha yang kerja setiap hari n impun baju malam jumaat baru basuh hidup single bukan banyak baju pun. kalau macam kemas rumah mesti yang kerja tu tak sempat tapi tak semestinya kena mop la kena sapu dari dalam sampai luar tetapi hanya bagi nampak bersih dan kemas berbanding hari sebelumnya pun dah cukup .kalau asha n lipat baju yang bertimbun lepas tu susun dalam almari .
3. banyakkan berzikir dan bertasbih .
- macam asha nak buat sesuatu ucap bismillah pun dikira berzikir.takkan la nak kena berzikir sampai tak boleh nak buat kerja sebab nak khusyuk punya pasal.
4.berpuasa (kena apitkan hari).
- contoh : hari khamis dan jumaat @ jumaat dan sabtu. Makruh berpuasa hanya hari jumaat sahaja.
tujuan - membezakan cara orang islam berpuasa dengan orang yahudi berpuasa.
5.mandi sunat jumaat ( sebaik-baiknya sebelum pergi solat jumaat).
- kalau yang pergi kerja mandi pagi sebelum p kerja tu pun boleh tapi kena niat mandi sunat jumaat la.
6. Pakai pakaian baru dan bersih( sebaik-baiknya warna putih).
- bagi perempuan tak sesuai sebab nanti nampak kan tapi tak apa warna lain pun boleh.
7.potong kuku.
-yang n kalau dah kebetulan kuku tu panjang potong la hari jumaat jangan pula sengaja dibiarkan panjang semata-mata nak potong hari jumaat.
8. Menjaga bulu yang ada dibadan.
- misai dan janggut mesti dirapikan tetapi hendakklah menipiskan misai dan merapikan janggut bagi ada beza misai dan janggut. ini untuk membezakan orang islam dan orang yahudi
- bulu ketiak mesti dipotong dan tidak boleh di biarkan panjang melebihi 40 hari.
-bulu kemaluan . ini penting semua maklum yang tempat n sensitif dan perlu dibuang bulu agar tak ada kuman-kuman yang berumah disitu.
bukan semua yang asha tulis n kita kena buat .Yang mana kita sempat buat kita buat kalau tak sempat tak payah buat .benda paling simple kita boleh buat ialah mandi. Niat ja dah dapat dah pahala sunat tak tau la kot ada yang jenis tak mandi.
semua yang asha kongsi n asha tengok video 30 minit bersama ustaz don .kalau ada salah dan silap harap tegur dan maafkan sebab asha pun bukanlah arif tentang agama masih serba kekurangan dan cuba untuk perbaiki diri di tahun baru n.
sekian sahaja terima kasih kerana sudi membaca.
Wednesday, January 6, 2016
"Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid"
Heppy Birthday!!!
mai mai kita eratkan lagi ukhwah sesama blogger pada tahun 2016 n anggap la hadiah untuk Najwa.
kita join segmen n ramai-ramai baru meriah betui dak????
benda kacang pui ja klik banner tu pastu ikut syarat yang dia suruh bukan susah pun.
kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita .
asha tag : Perdu cinta
asha tag : Perdu cinta
Walaupun Sekadar Gambar
Assalammualaikum...annyeonghaseyo
walaupun n bukan parents asha tapi bila tengok gambar n automatik bergenang air mata...
alhamdulillah asha masih ada ibu dan ayah lagi bagi yang dah tiada kita banyakkan berdoa kesejahteraan mereka di sana .
aminn...
Tuesday, January 5, 2016
SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016
Assalammualaikum ...
segmen pertama asha join taun n daripada blog sifu HH. Blog beliau menjadi panduan dan inspirasi untuk asha walaupun masih banyak kekurangan thanks a lot sifu..
asha berumur 22 tahun dan terpaksa hidup merantau sebab kerja. seorang perempuan yang suka buat masalah suka memberontak dan degil hihi...
mula sekali asha terjebak dengan blog n sebab duk baca tentang novel dan info-info yang menarik lepastu tengok setiap blog mesti cantik-cantik .asha pun belajar sendiri tentang blog dan cara nak edit sikit-sikit . melalui blog n asha dapat menghilangkan kesunyian dan kerinduan ketika berada jauh dari keluarga . almaklumla umur 20 baru jauh dari keluarga sebelum n berkepit ja memanjang.asha seronok bila ada yang komen ada yang chat .
blog asha n kalau nak diikutkan memang ikut suka hati ja xikut perkembangan semasa pun..tapi asha harap dapat berjaya macam blogger yang lain malah dapat menjana pendapatan melaluinya. tapi asha masih jauh dan perlu banyak belajar lagi..
taun 2016 n harap asha dapat ramai kawan lagi dan dapat bantu asha perbaiki blog asha n ..
sekian....hehehe..maaf teremo plak..
Filem Yg Menjadi Igauan
Assalammualaikum.....
filem n dah lama di tayangkan mesti ramai dah p tengok asha baru semalam baru berkesempatan tu pun pukul 10 malam lepas kerja terus rushing p thanks jugak kt orang tu bat surprise .sebelum n asyik duk tengok kawan duk update p tengok filem n sampai 2 3 kali ..uishhh
tapi bila asha sendiri p tengok cerita n rasa nak bawak balik ja panggung tu letak dalam rumah....gila besttt...cerita n patut la adik jual tiket tu cakap dari awal filem n ditayangkan sampai hari n panggung penuh..
meh asha buat selingan untuk yang tak p tengok lagi...cerita n main perasaan kita tau mula tu rasa gerun sebab SRK n anak kepada gengstar so dia pun gengster la nama KAALI . Tapi depa ada musuh dari dulu lagi nama Malik .so kiranya n pergaduhan bapa dengan bapa la tapi sebab SRK waris dia la pulak ganti bapa dia....gerun tengok SRK lawan tembak-tembak...
lepas tu kita rasa romantik bila SRK cuba pikat kajol dengan berbagai cara walaupun dia gengster tapi romantik siot ...Asha paling suka part depa dating 5 minit ja . sebab SRK ajak dinner ,makan aiskrim, menari then bagi bunga dalam masa 5 minit ja . yang nak tergelak kuncu-kuncu gengster dia yang kena jadi pelayan, penjual aiskrim,pemain muzik dan penjual bunga.... hahahha.....multi talented..auuu so romantik.....
lepas tu kita akan rasa sedih dan sentap sebab rupa-rupanya kajol tu anak musuh SRK yang rancang untuk jatuhkan dia...perghhhh sentap tengok SRK nangis sebab frust siap kajol nak tembak dia lagi...
tapi depa bercinta juga sebab kajol baru sedar dia pun cinta SRK.
panjang lagi kalau nak cerita n baru pendahuluan..hehehe...tapi yang bestnya kukuhnya cinta SRK dengan Kajol walaupun banyak halangan dan salah faham last-last depa bersatu jugak. Satu lagi asha suka sifat SRK sebagai seorang lelaki dia betul-betul cintakan kajol dia sabar ja dia tunggu sampai kebenaran muncul .Orang perempuan n besa la emosi lebih baru tengok tak siasat dah buat keputusan sendiri...
asha bagi 10 bintang cerita n sampai angau dah n lagu pun best duk tergiang-giang ja dalam kepala n ..n asha buh dekat blog untuk sapa-sapa baca boleh berangan sama ok...
Monday, January 4, 2016
BONUS PENJAWAT AWAM
ASSALAMMUALAIKUM.....ANNYEONGHASEYO.....
Alhamdulillah....mungkin ramai dah tau pasal n tapi bagi asha yang baru tau yang bonus masuk serta merta n rasa bersyukur sangat...rezeki di awal tahun 2016,,
sebetulnya memang semua sedia maklum yang bonus akan diberi pada bulan januari tapi asha ingat masuk sekali dengan gaji ujung bulan n.....tapi ramai duk update status dekat facebook .....pastu duk pelik kawan asha call..
kawan : " makan besaq la malam n nah belanja chicken chop jom"
asha pun yang blur n jawab la: " ingatkan nak suruh aku belanja makan gajah panggang dah hang nak makan besaq"
kawan : " wei tak lawak la...bonus dah masyukkk"
asha : " bonus apa pulak bukan dapat ujung bulan ka aku pun rapat dah n nak sampai lantai dah"
kawan : " hang n baru hari n buka sekolah hang dah blur....hang buka akaun check la n jugak kalau agak duit tu bukan hang punya transfer meh kat aku sat aku bagi no akaun.."
hehehe.....terus buka laman web maybank2u check baki duit......waooo....amazing kikiki.....alhamdulillah...boleh la tampung mana yang lobang tapi kena pandai jimat jugak kalau tak duit tu singgah sat ja dalam bank tu pastu jadi halimunan......jangan lupa lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat...terus teringat kawan kat fon tadi dibiarkan saja..
asha : " betoi la wei dah masuk ....aku ok ja set tempat dengan masa ja ok babeh"
kawan:" laaaa... aku ingatkan hang pengsan tadi tengok ada duit dalam akaun bank hang..ok beres nanti aku whatapps hang noh"
hamboi tak reti bagi salam budak n...ok la ingat pesan asha dapat duit bonus tu kena bijak berbelanja tau...
CARA AKTIFKAN WINDOW 10 SECARA PERCUMA
ASSALAMMUALAIKUM.....ANNYEONGAHASEYO...
di tahun baru lappy asha pun upadate window baru....
yeayyyy.....akhirnya berjaya juga asha update window kt lappy kesayangan n free ja tau....bagi yang lappy dia tu ori punya window sebelum tak apa la asha n depa boh yang tak ori jadi susah la nak update sebab tak ada PRODUCT KEY.
jadi selepas berhempas pulas dan redha yang tinggi sebab tak pandai bab sotware n kalau jadi apa-apa kt lappy n memang kena redha ja la sebab tuan dia gatal nak update tapi tak tau apa pun pasal software ka pasal operating sistem ka memang faileddd....
ok asha nak kongsikan cara-caranya.....
- kena download aktivator dulu dekat sini microsoft toolkit-activator. pastikan ada app WINRAR ya untuk buka...
- bila dh download aktivator dalam bentuk winrar tu extract ke mana yang anda nak simpan contoh asha extract dekat desktop ja senang....
- bila selesai naik logo window pastu klik kanan dan pilih run as administrator.
4.bila klik ikon window tu nanti naik macam n. pastu klik kat ikon window yang bawah tu..
6. kemudian klik activation dan klik install. atau pun klik EZ-ACTIVATOR dan tunggu sat.
7. bila dah selesai loading klik PRODUCT KEYS..pilih window 10 apa yang dah install dekat lappy anda . contoh asha punya window 10 enterprise.
8. sebelah key function pulak klik enter custom key masukkan no n dekat ruang kosong :
NPPR9-FWDCX-D2C8J-H872K-2YT43.
9. tunggu sampai tertulis installing key successful.....hooreyyy...
lappy anda berjaya update ke window 10 n bukan versi try na n yang betul-betul punya.
selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)