Thursday, February 25, 2016

Aiskrim Choki Choki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

sekarang n duk viral tentang aiskrim jelly tu tapi asha teringin nak try buat aiskrim choki-choki pulak sebab asha suka makanan berasaskan coklat n ...mmm.....jom kita try buat petang n resepi kat bawah n..


n la rupa dia asha tulis resepi dibawah balik ya..

choki-choki 
susu pekat  1 tin
susu cair  1/2 tin
air 1 litre
 plastik aiskrim

cara-cara :

  1. bancuh susu pekat , susu cair dan air masak
  2. masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim
  3. then...masukkan bancuhan susu tadi..
  4. masukkan dalam peti ais
# asha tak letakkan gula macam dalam resepi di atas cuma guna susu ja


siapppppp.....yummy......

Akibat Le Tour De Langkawi 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


macam lama ja tak dengar...ada lagi rupanya....sebenarnya sekolah dah buat hebahan hari n ada le tour de Langkawi jadi semua pelajar sekolah sekitar Georgetown n kena balik pukul 3 petang disebabkan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas...pelajar ja ya...staf kerja macam biasa...

hari n asha pelik bunyi helikopter dah macam nak perang dah rasa dekat sangat dengan bumbung sekolah rupa.rupanya bila p dekat pagar sekolah baru nampak abang-abang seksi duk kayuh basikal....hehehe...rupanya daripada pihak pengurusan helikopter tu tapi tak teringin la pulak nak terlibat panas hau hau kot......



bila buat benda n banyak jalan yang ditutup...dah la Georgetown n kecik ja duk jem dah n p tutup jalan pulak lagi la double extra jem...nasib asha rider sejati pakai menyelit ja...lagi pun rumah dekat ja cuma simpati dengan pekerja yang duduk di seberang la elok sampai rumah dah gelap....



kesian asha tengok budak-budak n...terpaksa sekali dengan cikgu berdiri tengah panas untuk bagi sokongan dekat acara n...sedia maklum cuaca sekarang n memang panas asha keluar sekejap pun masuk balik...kalau time-time n exercise gerenti lemak hangus kikiki...

asha boleh agak n traffik atas jambatan Pulau Pinang sekarang n mesti sesak tahap gaban...jadi sapa-sapa yang berada disekitar n p masuk mall dulu sampai habis acara baru keluar hehehe....
daaa asha balik dulu...


Wednesday, February 24, 2016

REZEKI MENANG SEGMEN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



alhamdulillah ...terima kasih kepada pokok manggis depan rumah yang menganjurkan segmen n dan  Jobdirumah Buat Duit selaku sponser hadiah kerana memilih asha sebagai pemenang...

ini kali kedua asha menang macam tak pecaya pulak sebab blog asha n bukan glamer mana pun tapi tu lah bukan kita yang menentukan rezeki tetapi Allah SWT..

tahniah juga kepada pemenang yang lain....kepada yang ingin mencari ilham nak kerja part time nak cari duit lebih boleh la baca di senarai peserta segmen n dan baca entry depa ....

tiba masa untuk tuntun hadiahhh byee...

CNY TRIP TO MELAKA : PART 4

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

mesti sesetengah tu dah bosan kan berapa banyak part daaaa....asha bukan nak menunjuk ka apa ka tapi nak share tempat yang best ja senang nanti search ja tak la sesat tak pun terlepas tempat best-best part n asha nak balik dari Melaka dah butttt....nak p Cameron Highlands pulak....

WORDLESS WEDNESDAY : ekspresi by baby diyan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 








bajet comei gigit jari




bajet memujuk minta simpati




ekspresi hairan pa benda yang dibuat tu....??




Tuesday, February 23, 2016

SEGMEN : " Sesi Mengenali Ahli Blogger "

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





3 hari asha tak muncul dalam blog kalau ada yang perasan la sebab asha tak sihat nak taip pun tak larat....hari n alhamdulillah asha mulakan dengan menerima jemputan daripada blog  sii Nurul dan di tag oleh tuan segmen sendiri untuk join segmen n untuk kenal asha dengan lebih mendalam...tenkiuu adik-adik comel...

IMPIAN ASHA TERHADAP BLOG N??

asha tak letak banyak harapan sebab asha buat blog n pun untuk asha tambah kawan serta mengisi kesunyian hari-hari asha yang hidup sebagai perantau...dengan adanya blog n asha rasa seronok dapat  merasai semua emosi bila baca komen atau chat yang korang tinggal walaupun kita tak pernah bertemu muka...asha cuma nak bila orang sebut blog acu asha orang akan senyum dan cakap suka baca dekat blog ACU ASHA walaupun blog asha tak banyak info....dan satu lagi asha nak penuhkan tabung kawen la apa lagi nak kawen cepat-cepat tak suka hidup sorang-sorang jadi sapa nak kad jemputan asha cepat klik tabung kawen ya....

SIAPAKAH ASHA???

Nama penuh ASHAFATIN BINTI CHE AHMAD....baru saja cukup umo 22 tahun pada 5 feb yang lepas ingat nak buat GA tapi tak sempat hurmmm....tua sudahhh..asha berasal dari Perlis...asha merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik so asha ada sorang kakak ja tapi ada abang ipar yang sayang asha macam adik kandung sendiri...budak comel dua orang tu la anak menakan asha si abang muhammad hauzan azeem yang sidebap tu muhammad hareez adrian....asha panggil baby diyan ja...kiranya keluarga asha n kecik ja tapi rasa sempurna semua ada...tenkiuu mak ayah lahir dan besarkan adik dan tenkiuu kak lahirkan dua orang permata yang menceriakan keluarga kita....sob sob... sapa potong bawang n.....huaaaa....i really miss them so muchhh....

asha pernah masuk form 6 setahun lepastu masuk uitm setahun sebab dapat tawaran kerja kerajaan...asha pilih untuk berhenti daripada uitm sebab mak asha memang harap asha dapat kerja kerajaan asha memang buntu sangat masa nak buat pilihan tu asha minat study tapi mak nak suruh kerja..satu ja perkataan dari mak yang buat asha tak ragu untuk berhenti uitm...mak kata 

" adik...kerja kerajaan n susah nak dapat bukan semua dapat peluang n sebab nanti hidup adik dah terjamin sampai tua mak tak payah duk risau dah adik nak jadi macam mana nanti...kalau adik minat nak study nanti dah kerja adik sambung la study mak tak halang pun...adik pun tak payah pinjam PTPTN dah guna gaji adik ja bayaq tak la kena bayaq utang sampai tua.."

terus sentap bila mak cakap camtu asha fikir apa salahnya asha penuhi impian mak...mak dah teruk lahirkan asha pastu bela sampai debap macam n....jadi asha dapat kerja sebagai pembantu makmal di Pulau Pinang dan menetap di sini...seumur hidup asha tak pernah hidup jauh dari family tu yang emo lebih n....huk huk...tak sangka Allah berikan asha seorang pelindung untuk jaga asha kat sini iaitu my EN. Tunang hihi...

ok terlebih sudah biodatanya hihi.....NEXT..

ASHA NAK KENAL BLOGGER MANA ???
  • KIM CHAA
  • PERDU CINTA
  • AQILAH AZMI
  • NADRATUL SYAZWANA




CONTACT INFO ???

FB : acha atenxox
WHATAPPS / WECHAT : sapa nak pm ya ......
TWITTER : klik gambar burung terapung tu.......

ok settle jawab sorry la ye kalau asha over menulis al maklum la 3 hari tak taip jadi excited pulak tapi tu la diri sebenar asha disebalik blog n...excited nak cerita macam asha jugak???
klik banner ya syg....

Friday, February 19, 2016

TARBIAH SENTAP :Bagaimana Nak Nikah Tapi Tak Mau Couple?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





macam mana nak KAWEN kalau TAK couple atau bercinta dulu sebelum kawen???
satgi membujang sampai ke tua tak pun kawen lepas tu bercerai.....


Thursday, February 18, 2016

CNY TRIP TO MELAKA : Part 3

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

kemarin mc tak larat nak sambung hari n curi masa sikit nak sambung bagi habis hehehe.....pagi tu kami keluar awai sikit...tapi baru perasan yang homestay kami duk tu dekat dengan perkampungan Hang Tuah....asha pun tak pernah lagi p tempat n excited jugak...selalu dengar tentang perigi Hang tuah ja...

ayah pun bawak la keta ikut waze...niat nak cari perigi ja tapi nampak ada rumah melaka cantikkkk....rupanya tu la perkampungan Hang Tuah


yang belakang tu ya...abaikan budak kenyit mata tu....kawasan n luas dan lapang. terdapat 5 buah rumah dan sebuah muzium..




mula-mula masuk akan nampak arca 5 sekawan n...setiap arca ada nama dekat bawah..




baby diyan pun seronok dapat naik kereta lembu yang tak ada lembu  hehehe...


masa untuk melawat rumah pulak...sambil tu ada lagu yang dimainkan orang kampung di rumah Hang Jebat  memang rasa macam duk zaman P. Ramlee


n contoh salah sebuah rumah n rumah Hang Tuah...seni bina rumah n memang nampak Tradisional asli Melaka memang cantik la..


sebelum naik ambik gambar dengan baby diyan dulu...baby diyan masam muka sebab dipaksa acu untuk ambik gambar tengah panas..


jom naik...assalammualaikumm....tangga pun cantik sayang nak pijak



n keadaan dalam rumah ada gambar dan juga patung-patung...asha tak berani ambik gambar patung tu macam hidup ja...

hurmmm...semua rumah dah p mana dia perigi n...????

rupa-rupanya perigi hang tuah bukan dekat sini tapi dekat simpang jalan nak masuk perkampungan n...tempat biasa ja tak jangka pun perigi dekat situ ...sebab tak ada pintu gerbang atau papan tanda pun malah tak ada orang jaga pun..


n rupa perigi tu...tepi perigi n ada kedai-kedai jual mainan....sejuk ja bila ada dekat perigi n...

Sejarah Perigi Hang Tuah

perigi n digali oleh Hang Tuah sendiri sejak kecil .pada mulanya perigi n kecil tapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam....air sentiasa jernih dan tak pernah kering walaupun musim kemarau...serta dapat menyembuhkan penyakit....dikatakan roh Hang Tuah bersemadi dengan menyerupai buaya putih dalam perigi n tapi hanya orang alim saja boleh nampak...

masa asha p ramai orang bagi anak depa mandi...asha pun teringin nak ambik bawak balik untukbagi dekat kawan yang sakit tapi botol tak ada.....abang nampak kedai sebelah jual botol mineral 1.5 l dengan harga 50 sen satu...abang pun isi la 4 botol hehehe.....

lepastu kemanakah kita.......jom kita p masbro village... 





masbro village n terletak di paya rumput...kalau bawak keta tu jangan laju-laju sebab sebelah jalan ja....masbro village n macam chalet la RM350 pernight...tak dapat masuk ambik gambar pun jadi la...

next shopping time....kembali ke bandar hilir ....alhamdulillah orang dah tak ramai...



setiap kali p melaka asha suka beli dekat tempat n tapi asha tak tau nama apa...bertentang dengan kapal besar muzium samudera ...


asha beli kuih n 3 bungkus RM 10


cencaluk pulak asha share dengan along ambik yang 6 botol RM10 yang penutup kuning. yang  n original....yang dua jenis lagi tu dah siap campur cili ada udang tau sotong sebotol RM 5

ok dompet dah kering masing-masing menuju ke kereta sebab dah penat nak balik n kemas barang sebab besok dah nak balik huuuu......byeee


Keputusan Stpm Penggal 1 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
tahniah kak asha ucapkan kepada adik-adik form 6 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang hari n...suka tengok depa pekena cikgu depa kata tak lulus...muka cikgu cuak dah last-last tunjuk result haaa...bergema satu lab n depa gelak...lupa pulak nak gitau asha n kerja dekat lab sekolah. Satg ada yang pening pulak baca apa asha tulis n..pada yang tak lulus tu jangan putus asa lagi simpan duit ya nanti repeat balik paper tu .

Tuesday, February 16, 2016

CNY trip to Melaka : Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

ok asha nak cerita hari kedua pulak lepas sarapan semua campur layan ragam budak-budak n pukul 4 jugakla kami keluar ke Banda Hilir , konon-konon nak p beli ole-ole dekat medan niaga yang bertentang dengan kapal yang besar tu.....set Waze n ready to go....yeayyy...

Monday, February 15, 2016

CNY Trip To Melaka : Part 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kami bertolak dari rumah asha pada pukul 10 pagi dari  Penang ( rumah sewa asha) ke Melaka dengan melalui jambatan Pulau Pinang Yang lama. Trafik biasa-biasa saja tak da la jem sangat...bila sampai dekat RNR sg buloh asha setkan WAZE sebab jalan dekat KL asha tak tau karang tembus p Johor pulak tak ka haru namanya..

Sunday, February 7, 2016

Wajah Baru...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah hari tu asha ada menang segmen bersama leya yeolly dan dapat edit blog secara percuma kan...jadi tadaaaa.....inilah dia comel sangat dan asha suka sangat....leya seorang yang mudah berurusan walaupun asha n cerewet dia layan ja apa asha nak...kesian dia sorry ya dik.....

Semua tengok kan hasil yang sangat memuaskan jadi sesiapa yang berminat nk edit bleh la terjah blog leya yeolly....selain tu blog dia juga ada toturial untuk blogger yang masih baru untuk edit blog dengan cara yang mudah...


Wednesday, February 3, 2016

Penang Hot Air Balloon Fiestival 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





TARIKH :9 & 10 FEBRUARY 2016

TEMPAT : PADANG POLO.

MASA : 7 A.M - 9 P.M

AKTIVITI :  <<< KLIK SINI >>>

Pengumuman Pemenang Segmen Leya Yeolly

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Alhamdulillah.....walaupun join saat-saat akhir  ,asha bersyukur sangat terpilih untuk mendapat pengeditan blog secara percuma oleh Leya Yeolly melalui Segmen Bersama Leya Yeolly. Thanks sangat-sangat kalau Leya ada depan mata memang gerenti asha peluk tau sebab terharu .

 Asha memang berusaha sedaya upaya untuk mengedit blog , macam-macam dah jadi sebab asha tak tahu asas html n .Pernah sekali asha menangis depan lappy sampai sakit kepala sebab ikut toturial edit html tetapi lupa buat backup dulu tiba-tiba terpadam sebaris kod....Alamak memang error la nak buka balik....menangis sambil search penyelesaian lastly buat balik blog cari balik toturial yang tambah widget semua tu dapat la macam sekarang .tetapi tetap tak puas hati sebab tu kadang-kadang asha jarang update post sebab seharian ngadap lappy untuk edit blog......Asha n jenis banyak songeh ada ja tak kena . Tengok orang lain punya blog mula la tak puas hati dengan blog sendiri.....Akhirnya redha dan gigih join GA untuk menang edit blog......
tengok-tengok waaaaaaaaa.........dua tiga kali belek post pemenang segmen tu macam tak percaya asha terpilih......

tak sabarnya nak tengok blog asha yang berwajah baru untuk tahun 2016 n.....nantikan kemunculannya HAHAHAHA.........(gelak orang kaya)

cuba check sini tengok kot-kot anda juga salah seorang pemenang segmen n.....tahniah kepada semua pemenang dan yang tak berjaya boleh cuba lagi...

#WORDLESS WEDNESDAY: Hiasan Sempena Tahun Baru Cina

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



n dekat dalam mall tau cuba perhati betul-betul, wujud ka tak air tu?


ok asha buat glamour sat.....cuba teka mall mana paling win buat hiasan macam dalam cerita kungfu n?



Tuesday, February 2, 2016

Segmen Bersama Leya Yeolly

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





sebab-sebab asha teringin orang edit blog asha n sebab asha tak reti nak edit sendiri setakat n saja asha mampu buat tu pun pening dua tiga hari tengok kod html yang satu pun asha tak tau sob...sob..asha nak juga blog asha kemas macam orang lain , cantik macam orang lain baru la ramai nak kawan dengan asha . Asha tak minta untuk jadi sempurna tapi asha belajar untuk ingin sempurna , nak berjaya macam blogger yang lain .

setakat sekrang asha masih belum ada rezeki menang mana-mana segmen pun ....harap-harap rezeki asha ada bersama leya yeolly.

soo sapa-sapa yang nak edit blog secara percuma( tak nak pun xpa ) klik banner atas dan join segmen n


asha tag: syaidah seha dan wana( whimsical world)

Monday, February 1, 2016

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

" Segmen Bloglist Beeha 1.0"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




KLIK BANNER UNTUK JOIN


jadikanlah blog asha salah satu bloglist anda aminnn...


asha tag: izzati amira dan fieyqa adelova

"First Giveaway by KasihkuAmani"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Giveaway akan berakhir pada 10.02.2016.

apa lagi klik la banner n

Mudahkan? Jom la support Giveaway n

Monday Bluess.....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



orang pagi-pagi jadi asha n dah nak dekat lunch dah duk rasa macam dalam mimpi lagi...baru nak update blog tu pun blurr semacam ja...
tak pa la asha p kacau blog kawan-kawan yang lain dan join segmen yang sebelum n tak sempat nak join .........yang lain jangan berjangkit perangai asha n tau....tiup p jauh-jauh shuhhhh.....
asha tabik la kat blogger yang selalu update tu dah la setiap post tu ada pengisian bukan macam asha n merapu ja banyak kikiki.....kepada yang buat segmen asha nak bagitau asha tak ada instagram tau sob..sob....setakat boleh follow dekat blog ja kalau asha tak layak nak join tak pa la nak p nangis dekat penjuru dapur la..

Welcome Februari hurmm....bulan n bulan besday asha la apa komen kalau asha buat segmen jugak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png