Monday, September 22, 2014

APAKAH ITU EBOLA?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus bernama ebola..kita tau dak benda pa ebola n kadang-kadang sy tengok macam kena cali pun ada tapi penyakit n semakin menular di Barat Afrika pada tahun n hingga meragut lebih kurang 1400 nyawa pada tahun n...

Penyakit Virus Ebola di Malaysia?

Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi kes virus Ebola berlaku di Malaysia. Disebabkan virus ini berasal daripada luar negara iaitu benua Afrika, kemungkinan untuk ia memasuki ke Malaysia adalah rendah. Jika pelawat dari luar negara hendak datang ke Malaysia, tidak ada penerbangan langsung daripada Afrika. Biasanya mereka akan datang menerusi Timur Tengah di mana di sana proses saringan kesihatan akan dilakukan.
Penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
10659187_759886464050272_7419462279812895124_n
Pada waktu ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperketatkan pengesanan dan kawalan masuk antarabangsa dan melakukan saringan ke atas pelawat yang tiba. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilengkapi mekanisme imbasan suhu bagi mengimbas suhu badan penumpang.
Kementerian Pelajaran dinasihati untuk menyaring pelajar asing yang pulang ke negara Afrika. Kementerian Luar diminta turut menasihati rakyat Malaysia yang berada negara Afrika yang terlibat mengenai EVD, serta rakyat Malaysia yang akan ke negara-negara tersebut untuk lebih berhati-hati dengan penularan wabak ini.
BACA SELANJUTNYA..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png