Wednesday, November 5, 2014

PENYAKIT EBOLA

1. Apa yang dilakukan Ebola pada tubuh
Semua orang tentu mengetahui bahawa virus Ebola sangat mematikan. Namun apa yang sebenarnya terjadi pada tubuh ketika virus ini masuk ke dalam. Virus Ebola  menyebabkan pendarahan internal dan eksternal serta merosak sistem kekebalan tubuh dan organ-organ tubuh yang sangat penting. 

Kerosakan internal yang disebabkan oleh virus ini menyebabkan darah susah untuk membeku, sehingga pesakit  mengalami pendarahan hingga meninggal. Saat ini dipercayai bahawa virus Ebola  mengakibat fatal hingga 90 peratus.



2. Bagaimana virus Ebola tersebar?
Ebola adalah virus yang seakan  dengan demam, pilek, atau flu biasa. Namun kita perlu bersyukur  kerana Ebola tak menyebar secepat dan semudah virus-virus tersebut. Ebola tersebar melalui sentuhan dengan cairan tubuh, baik dari manusia dan binatang yang sudah berjangkit.

Di Afrika, binatang seperti monyet, cipanzi, kelawar, dan binatang lain boleh membawa Ebola. Seringkali saliva, najis, dan cairan tubuh mereka lainnya bisa menyebar pada manusia. Sementara virus lain biasanya tak bertahan lama pada tubuh manusia, Ebola boleh bertahan cukup lama. Virus ini juga boleh tersebar melalui sentuhan  dengan benda-benda seperti meja, tempat tidur, dan lainnya, namun tidak boleh tersebar melalui udara dan air.
3.Gejala dan Tanda-Tanda Penyakit Virus Ebola
Gejala awal:
  • Demam panas secara tiba-tiba
  • Lemah satu badan
  • Sakit Otot
  • Sakir kepala dan sakit tekak
Apabila semakin teruk: 
  • Muntah berdarah,
  • Cirit-birit yang berdarah,
  • Ruam,
  • Buah pinggang dan hati gagal berfungsi,
  • Pendarahan dalaman atau rongga badan

Virus Ebola masih tidak menemui sebarang Vaksin atau Penawar

Disebabkan wabak virus ini jarang berlaku, kajian berkenaannya masih kurang berkembang. Beberapa vaksin dan ubatan masih dalam kajian namun belum diuji ke atas manusia. Setakat ini hanya rawatan untuk mengawal gejala penyakit ini sahaja yang dilakukan dan masih belum ada vaksin yang berlesen dikeluarkan.
CARA MENCEGAH PENULARAN VIRUS EBOLA
1.Hindari daerah yang menjadi pusat awal wabak terjadi / ketahui negara mana tersebar dengan penyakit ini sebelum anda pergi ke negara tersebut.
2.Cuci tangan sekerap mungkin dan cucilah menggunakan sabun atau antiseptik .
3.Hindari daripada makan daging haiwan daripada negara luar.
4.Jangan sesuka hati mengendalikan mayat yang mati disebabkan penyakit ini.

Walaupun di Malaysia pihak KKM mengeluarkan kenyataan bahawa risiko penularan masih rendah namun, kita haruslah mengetahui tentang penyakit ini malah mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus ini tidak menjadi semakin parah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo q13_zpsop67oge3.png