Thursday, August 4, 2016

Dekat Mana nak tido ni???

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

haa...semalam tak sempat nak mengarang...ok kek sudah next plan ialah nak tido mana ni ??
paling penting tempat n la tempat kejadian mensurprise tu sebab sha tak tau malam di Cameron Highland nak sambut dekat mana ..tapiiiii....pemandangan dekat sana pun dah cantik dengan lampu-lampu atas bukit kan kan...

sha ada usha jugak baru n yang heboh dekat facebook iaitu Smurf Inn Homestay .Pembantu paling setia dan mejimatkan masa dan duit sha ialah Agoda.com kikiki.....setakat tengok kat facebook semua cantik kan ...so kalau tengok harga memang dalam budget sha time sha tengok n dalam RM113 ....tempat ni kalau tengok dalam agoda atau facebook memang meriah warna-warni penuh dengan karakter kartun the smurf yang warna biru tu la..






tapii...bila dipikirkan mesti ramai sebab tempat baru lagipun terletak di Tanah Rata ....siap peta sha check wakakaka...sha tak nak jauh sangat dengan pasar malam dekat Brinchang takut jem nanti....gaya macam nak shopping banyak ja...kalau bawak budak-budak syok la tidor sini mesti depa excited...

ok paling sha tengok ialah review pelancong yang pernah p...sebelum ni sha berangan nak menginap dekat Natasya Resort tapi bila baca review banyak negatif tentang keselamatan dan kebersihan.....ala...tak jadi la nak ala-ala cerita Nora Elena ......

sha pilih tempat penginapan yang pemandangan cantik, berdekatan dengan tempat utama pelancongan, ada kedai makan halal berdekatan dan dekat dengan stesen minyak dan balai polis...sha lebih suka guna Agoda.com daripada trivago sebab cara booked dan pembayaran senang apps dia pun mudah nak tengok kalau trivago ada banyak web lain pulak dalam tu payah ehh....gambar yang disediakan pun banyak peta semua ada jadi senang la.

dalam kes sha n nak bayang kes macam detective conan..nak tempat romantik dan tak ramai orang sangat karang kena marah balik sebab dia malu.....tak pasal-pasal jadi tragedi..tapi sha tak da la nak prank dia sampai baling tepung dengan telur tu zaman budak-budak nak besar boleh la...

lepas setiap hari tengok agoda sampai nak juling dah mata kami and the geng sepakat pilih hotel n memang cantik dalam dan luar....nak tau? tunggu entry sha lepas sha pergi sana nanti sha akan share gambar sekali ok...



No comments:

Post a Comment