Tuesday, February 16, 2016

CNY trip to Melaka : Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

ok asha nak cerita hari kedua pulak lepas sarapan semua campur layan ragam budak-budak n pukul 4 jugakla kami keluar ke Banda Hilir , konon-konon nak p beli ole-ole dekat medan niaga yang bertentang dengan kapal yang besar tu.....set Waze n ready to go....yeayyy...




sampai saja dekat pinggir Banda Hilir terus ja trafik bertukar jadi siput khinzir hihihi....budak-budak dah mula meragam bila dekat 2 jam masih terperangkap dalam jem...asha sebagai pemandu arah yang duk depan cadangkan p Pantai Klebang n semua orang bersetuju sebab dah lewat kalau still nak pusing cari parking dekat Banda Hilir tu alamatnya bermalam dekat situ la...

tahun lepas asha ada p tengok submarine dekat Pantai Klebang tu jadi ingat la sikit-sikit jalan nak masuk tu sebab abang request nak tengok kapal selam atas darat katanya....dalam 15 minit kami sampai sebab jem jugak tapi tak teruk...elok ja ayah lalu depan kapal selam tu tengok-tengok tak buka...laaaa pehal malang sangat n...so asha suruh ayah terus drive p tepi pantai sebab masing-masing muka macam tempe basi ja..hehehe...first sekali asha aim coconut shake yang dikatakan sedap kat sini dulu famous dengan ais krim pasu tapi sekarang dah tak ada.

dah parking jom kita turun buat aktiviti selagi ada masa...


azeem awai-awai lagi dah mengamuk nak naik benda alah n tapi naik dengan papa dia la.....harga benda n RM25 = 7 pusingan




baby diyan pun seronok walaupun dapat duduk ja hihihi...kami ambik kesempatan sementara menunggu si abg abih 7 pusingan..




say cheeseee...baby diyan suka sungguh selfie...dekat signboard BUSTEL iaitu hotel dalam bas n memang menarik dan lain daripada yang lain...sekitar kawasan n pun menggunakan bas sebagai gerai jualan.. nak tengok kna mai sendiri...





keadaan di pantai yang sesak dengan orang yang buat macam-macam aktiviti ada yang main layang-layang ada yang main bubble ada yang menunggang kuda...

n la BUSTEL yang asha cakap tu ...bukannya tempat parking bas ya...

 

usha mai usha p...kidnap coconut oreo shake satu yang berharga RM 3.50 murah kan...nak try kelainan tengok sebab yang biasa selalu duk rasa dah...

bila suasana pun bertukar gelap kena la beredar tapi tiba-tiba terasa perut menyanyi pulak...lapaaarrr....alang-alang datang Melaka makanan apa popular?
apa lagi kalau bukan ASAM PEDASSSS...

ok apa lagi masing-masing fon ditangan untuk cari Asam Pedas Paling Besttt... last-last tuan homestay kami duduk tu rekemen kedai Asam Pedas Ikan Baru yang berdekatan dengan homestay kami duduk..






kedai nampak biasa saja...sebab apa nama kedai n macam tu sebab depa menggunakan ikan yang freshhhhh masih baru...mula-mula terkejut jugak asha dengan abang sebab tengok ikan besar-besar nak buat apa .....rupanya kena pilih ikan untuk dimasak mengikut bilangan orang yang nak makan....so kami ambik yang saiz sedang saja total semua RM70  dapat seekor ikan jenahak...


 rasanya perghhh....memang menangis sambil makan nasi...along siap hirup kuah lagi..memang sedap dan berbeza dengan asam pedas di utara...memang berbaloi la ikan pun tak bau hanyir...ishhh kecur air liur pulak bila duk teringat balik....

lepas kenyang apa lagi balik and tido sebab besok nak sambung jalan-jalan n beli ole-ole
daaa semua....


3 comments: