Wednesday, November 5, 2014

TIPS MENDEKO RUANG DAPUR

Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip serta contoh deko dapur, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.

 




Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. 




  • Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan atau untuk menaikkan seri sesuatu ruang




  • Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah.

No comments:

Post a Comment