bila ujan mula la duk selongkar dapuq ada apa lapaq satga....tup tup nampak da bahan buat kek ok jugak sedap makan masa ujan-ujan ni... jom kita tengok resepi yang simple ja tak payah guna oven pun guna dapur gas ja sebab guna pemanggang ajaib jeng jeng....
n dia rupa pemanggang ajaib tapi n mak punya la saya tukang guna ja
ok jom tengok resepi pulak
resepi kek pelangi
1 ketul/ 250 g buttercup
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur
sedikit esen vanila
5 jenis pewarna ikut kesukaan
cara-cara
1. masukkan buttercup , dan gula. kemudian pukul hingga kembang macam gambar dibawah.cara nak tau kembang ka dak g terbalikkan mangkuk tu kalau x tumpah kira kembang la tu kalau tumpah nasib la buat sekali lagi hihihi....
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sampai habih 6 biji sambil tu pukul dengan kelajuan paling rendah..
4.masukkan tepung sikit demi sedikit..
5. bila semua dah sebati bahagikan adunan kepada 5 bahagian sebab saya nak buat 5 jenis warna iaitu merah, biru , original, hijau ,dan kuning..
6. bila dah siap campur dengan warna pa g kita bakorrrr ....kena ada teknik juga supaya jadi pelangi....menggunakan sudu ,masukkan dulu warna biru kemudian diikuti warna kuning pada tengah-tengah warna biru tadi, kemudian ulang teknik sama untuk warna lain...selang- selikan warna supaya nampak macam pelangi...ulang sampai penuh acuan...
7. tutup dan biarkan masak selama 30 minit try cucuk guna lidi kalau xlekat tepung kira boleh tutup api dah...tadaaaaa dah siapppp......yummyyy..jemput tengok hihihi..
ok boleh la potong hidang untuk sekeluarga.....minum petang kenyang pun kenyang....jangan malu dan segan cuba la resepi n...
No comments:
Post a Comment